Tuesday, August 24, 2010

H&H - part6

Sudah dua tahun berlalu, sehingga kini tiada berita mengenai Hafiz. Hana dan Saiful akan berkahwin dalam masa 2 minggu lagi. Mereka benar-benar mengharapkan kewujudan Hafiz untuk hari perkahwinan mereka nanti. Cincin pemberiannya masih tersemat elok pada jari kirinya. Cincin itu agak besar maka dipakainya pada jari tengahnya. Pernah sekali Saiful bertanyakan tentang cincin itu. Tapi, dia menipu mengatakan cincin itu sempena nama dia dan adiknya, Husna.
Rumahnya di Seremban telah dicat baru. Baju pengantin, catering, kad-kad jemputan semuanya telah siap ditempah. Namun, ada sekeping lagi tidak dapat dihantarnya. Hana merenung kad jemputan di tangannya. Itu adalah kad terakhir jemputan perkahwinannya dengan Saiful. Dia ingin menyerahkan kad itu kepada Hafiz namun tidak tahu caranya. Saiful juga sudah buntu untuk menghubungi rakan baiknya sejak kecil itu.
Setelah 2 minggu menunggu, akhirnya hari bersejarah itu tiba. Hana dengan baju pengantin bewarna purple sedondon dengan Saiful. Upacara akad nikah telah pun selesai. Sekarang, mereka perlu disandingkan di pentas pelamin. Setelah kedua-dua ibu bapa pengantin memberikan upacara tepung tawar, para tetamu dijemput untuk sama-sama melakukannya. Kali itu, ada seorang lelaki tua yang tidak dikenali tampil dan melakukan upacara itu. Wajahnya agak familiar bagi Hana dan mengingatkan dia pada seseorang.
“Hafiz….” Entah kenapa mulut Hana tanpa sedar telah menyebut nama itu dengan agak kuat. Lelaki tua itu tergamam. Para tetamu turut kaget melihat kejadian itu.
Kemudian, lelaki itu terus terkocoh-kocoh hendak pergi. Tetapi langkah kakinya yang perlahan itu sempat ditahan oleh Saiful. Entah bagaimana, janggut palsu yang dipakainya tercabut tiba-tiba apabila ditahan oleh Saiful.
“Hafiz…?”
Lelaki itu hanya menundukkan wajahnya.
“Maaf, kawan. Aku tak boleh lama.” Serentak dengan itu, dia meneruskan langkahnya ingin berlalu tapi sekali lagi ditahan oleh Hana.
“Fiz, Hana tak izinkan Fiz pergi jauh lagi daripada kitorang. Fiz dah banyak tinggalkan persoalan yang tak terjawab.”
“Maafkan aku Hana. Rahsia aku dah terbongkar. Aku kena pergi cepat kalau tak aku hanya akan menyusahkan semua orang di sini. Kalau kau nakkan jawapan, cuba kau fikirkan apa yang pernah aku beritahu kau dulu yang tak pernah kau percaya.....”
Hana cuba memikirkan maksud yang cuba disampaikan oleh Hafiz tapi entah kenapa dia hanya teringat detik pertama perkenalannya dengan Hafiz.

“Hana, kalau aku cerita sesuatu kat kau…kau boleh janji tak jangan beritahu kat sesiapa. Dengan Saiful pun kau tak boleh beritahu. Ini antara aku dengan kau je.”
“Okay..no hal!” Tapi, tak kisahlah apa pun. Yang penting, Si Hafiz telah membuka sudut kecil dalam otakku yang penuh dengan rasa curiousity.
“Aku sebenarnya pernah jadi ahli kongsi gelap dekat KL. Tak siapa pun yang tahu pekerjaan gelap aku ini. Dulu, duit aku pernah sampai berpuluh ribu kat dalam bank sampaikan aku bagi macam tu je kawan aku pinjam sampai beribu ringgit.”
“Oh, ya? So, kenapa kau beritahu aku semua ni?” Hana confuse. Apa sebenarnya mamat ni? Saja nak kenakan aku ke?
“Kau tak percayakan aku kan? Tak apa, nanti kau akan tahu juga kebenarannya. Aku tak pernah tipu kau.”

“Maksud Hafiz...? Tentang kongsi gelap?” Namun kali ini suaranya berjaya direndahkan supaya tidak megejutkan tetamu yang hadir. Hafiz sekadar mengangguk.
Saiful yang berdiri di sebelah Hana hanya membulatkan mata.
“Apa maksud semua ini? Kenapa aku seorang yang tidak tahu apa-apa..? Both of you should tell me something.....”
“Okaylah semua sudah terjawabkan? Aku pergi dulu.” Hafiz terus berlalu pergi.
Di seberang jalan sana, kereta vios hitam sudah lama menunggunya. Jamil di dalamnya menunggu dengan tidak sabar. Kali ini, Hafiz harus dibunuh. Jika tidak, sampai bila-bila pun dia takkan dapat mencapai tahap Hafiz. Entah kenapa Mr. James sangat menyenangi Hafiz berbanding dirinya sedangkan dia lagi banyak melakukan kerja berbanding Hafiz.
Ketika hendak keluar daripada rumah Hana, tiba-tiba pang! sedas tembakan terkena peha Hafiz. Hafiz terduduk di muka pintu sambil mengerang kesakitan. Dia sudah biasa dengan keadaan seperti ini tapi dia tidak pernah berniat untuk menghancurkan majlis Hana. Tetamu yang datang kelihatan panik tetapi sempat ditenangkan oleh bapa Hana. Hana yang kaget melihat keadaan Hafiz terus meluru mendapatkannya dan entah macam mana sebuah peluru sesat terus menuju tepat ke jantung Hana. Hana rebah di situ. Keadaan rumah Hana makin gamat. Ada yang lari bertempiaran. Ada yang menangis dan ada juga yang menjerit.
“Hana…!!!” Hafiz dan Saiful menjerit serentak.
Namun, sudah terlambat. Hana sudah nyawa-nyawa ikan di ribaan Saiful. Air mata Saiful mencurah-curah pada isteri kesayangannya itu. Tidak pernah dia mencintai sesiapa selain Hana. Hanalah yang pertama dan yang terakhir. Tapi, apakah maksud di sebalik semua ini? Perkahwinannya dengan Hana jadi begini semuanya kerana Hafiz. Hana telah meninggalkannya tanpa sempat membisikkan apa-apa kepadanya. Dan, bermula detik hitam itu…Saiful mula berdendam terhadap Hafiz.


Hafiz merenung cincin H&H yang pernah diberinya kepada Hana suatu ketika dahulu. Tak apa Hana…aku akan balas dendam atas kematian kau. Kenapa benda yang ditakutinya kini benar-benar berlaku? Dia lebih rela kehilangan Hana pada Saiful daripada kehilangan Hana daripada dunia ni. Bukan setakat Hana sahaja yang dia kehilangan, malah, persahabatannya dengan Saiful hilang sekelip mata.
Malam itu dia tekad. Dia tak kisah mempertaruhkan nyawanya demi membalas dendam. Dia sudah sedia maklum. Hidup sebagai ahli kongsi gelap. Jika dia tidak membunuh, maka dia yang akan dibunuh. Bagi ahli kongsi gelap sepertinya, nyawa manusia sudah bagaikan mainan, langsung tidak berharga.
Pang! Peluru yang ditembaknya tepat menembusi kepala Jamil. Jamil terkulai di situ. Beberapa kereta polis mula memenuhi jalan Bukit Bintang tempat mayat Jamil terbaring. Hafiz mula melangkah ke tempat itu dengan pistol yang diangkat tanda menyerah diri. Segalanya telah berakhir. Dalam dunia ini, tiada tempat bagi penjenayah sepertinya. Juga untuk penjenayah yang ingin insaf. Inilah takdir yang telah dipilihnya. Tersilap melangkah sekali, takkan dapat diundur lagi.
‘Hana, semoga kau dapat ketenangan di sana. Sebentar lagi aku akan menyusul..........’

H&H - part5

Dalam rumah, setelah selesai membersihkan dirinya. Hana bersiap-siap untuk tidur. Namun, tiba-tiba dia teringatkan surat yang diberi Hafiz. Lacinya dibuka dan dia mengeluarkan sampul bewarna merah hati pemberian Hafiz sebentar tadi.


Kepada Hana,
maafkan aku kerana telah menyusahkan kau selama ini. Jangan ditanya mengapa kerana aku tak bisa menjawabnya. Kali ini aku akan pergi jauh tapi aku harap yang kau takkan pernah sekalipun melupakan kewujudan aku pada dunia ini.
Hana, ada sesuatu yang aku ingin katakan pada kau. Tentang persoalan di Mid Valley hari tu. Yes, aku benar-benar suka kat kau. Maaf kerana tidak mengakuinya. Aku tak layak untuk kau dan aku pun tahu tentang pendirian kau. Maaf kerana kadang-kadang aku tidak dapat menyembunyikan tentang perasaan aku ini. Mungkin kadang-kadang kelakuanku agak keterlaluan.
Bersama surat ini, aku kepilkan sebentuk cincin tanda persahabatan kita. Jika kau benar-benar menganggap aku kawan kau, maka kau pakailah cincin itu. Jika tidak, buangkan saja. Mungkin aku tak pernah ada sedikit pun dalam hati kau.
Lepas ini, tak kira apa yang terjadi...tolong jangan cari aku lagi. Aku akan terus mencintai dan melindungi kau daripada jauh. Hanya daripada jauh. Tapi, jika kau buang cincin persahabatan itu, maka aku takkan pernah muncul dalam hidup kau lagi. Maafkan aku!

Salam sayang,
HAFIZ


Hana terkedu. Apa maksud Hafiz dengan semua ini? Gila..aku tak paham! Tiba-tiba dia merasakan ada sesuatu objek bulat di dalam sampul itu. Dikeluarkannya objek itu, maka terserlahlah sebuah cincin perak dengan ukiran H&H di dalamnya. Cantik! Tapi, dirinya masih tidak puas hati dengan penjelasan surat tersebut. Nombor Hafiz ditekan pada keypad telefon bimbitnya. Berkali-kali didailnya nombor itu tapi semuanya hanya masuk voice mail. Bengang dengan situasi itu ditambah dengan rasa hatinya yang mula tidak keruan, Hana mendail nombor Saiful pula untuk meminta penjelasan.
“Hello Epul…?”
“Hana! Mana kau pergi tadi? Kau merajuk dengan aku ke……..”
Peliknya..kenapa aku macam tak ingat apa-apa yang Epul maksudkan?
“Aku...aku tak ingat apa-apa Epul. Maaf...!”
“Apa maksud kau Hana?” Saiful semakin pelik dengan apa yang berlaku.
“Tadi, Fiz yang hantar aku balik rumah. Dia kata jumpa aku terbaring di tepi jalan. Aku tak tahu. Bunyi ceritanya macam pelik. Aku cuma ingat hari ini kita keluar joging sama-sama. Lepas joging, kau pergi beli aiskrim and then tiba-tiba aku rasa pening sangat dan rasa macam ada orang cekup muka aku daripada belakang.”
“What? Apa yang Fiz buat kat kau ni?” Saiful mula berasa berang mendengarkan cerita daripada Hana.
“Epul, ini tak ada kena mengena dengan Fiz. Dia tak buat apa-apa pun kat aku. Hati aku kuat merasakan ini bukan perbuatan Fiz tapi mungkin ada sesuatu yang tidak kena. Tadi, lepas dia hantar aku pulang, dia bagi aku sepucuk surat. Dalam surat itu, dia beritahu dia akan pergi jauh dan dia pesan jangan cari dia lagi. Aku call dia tapi tak dapat-dapat dari tadi.”
Saiful semakin pelik dengan semua yang berlaku itu. Didailnya juga nombor Hafiz tapi gagal untuk dihubungi. Hatinya mula cemas. Apa yang sedang berlaku kali ini?

H&H - part4

Hafiz sesekali merenung Hana di sebelahnya. Nasib Hana sempat dibius sekali lagi. Kalau tak, mungkin dia dah menggelabah dengan situasi ini. Dia tak mahu menakutkan Hana. Kali ini, dia tak dibius dengan banyak. Hana sedang nyenyak tidur di sebelahnya. Mungkin dalam sejam dua lagi, dia akan sedar. Sesekali matanya menangkap bayangan kereta waja hitam yang sedang mengekorinya rapat daripada belakang.
‘Ish, diorang ni. Tak habis-habis menyusahkan aku.’
Kereta Myvi putih miliknya diberhentikan di tepi jalan setelah dia memberi isyarat kepada kereta belakangnya untuk turut sama berhenti.
“Roy, apa lagi yang korang nak. Dah, jangan follow aku lagi. Cakap dengan bos aku akan pegang janji aku.”
Lelaki yang berambut pacak daripada kereta belakang hanya berlagak tenang sahaja.
“Sorry la Bel. Kitorang hanya follow arahan bos. Nanti bila kau dah siap hantar you punya cikaru, kitorang tunggu kat simpang ni.”
“Okay..” Hafiz hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju. Tiada apa yang dapat dibuatnya lagi demi memastikan keselamatan Hana.
Pintu myvi dibuka. Hafiz meneruskan pemanduannya ke suatu tempat di mana dia dan Hana selalu menghabiskan masanya bersama-sama. Tasik Titiwangsa. Terasa tenang pemandangan di situ. Sambil menunggu Hana sedar, Hafiz menghabiskan masanya berjalan-jalan di sekitar tasik berhampiran dengan keretanya. Akhirnya, dia tunduk termenung di situ memikirkan masa depannya yang makin malap. Semuanya akibat kesilapan masa lampau. Perkenalannya dengan seseorang yang bernama Hakim telah menyesatkannya hingga terjerat ke dalam dunia hitam itu. Semuanya disebabkan oleh Hakim yang menipunya untuk menyeludup 20kg ganja ke Thailand. Masih diingat dengan jelas saat itu peluhnya sudah memercik ke dahi, mukanya pucat dan badannya seakan menggeletar. Mujurlah polis sempadan Thailand tidak mengesyaki apa-apa yang tidak kena pada keretanya.
“Fiz....” Entah bila Hana telah sedar daripada lenanya, Hafiz langsung tidak perasan.
“Hana, kau dah sedar ya?”
“Fiz.....apa sebenarnya yang terjadi ni? Kenapa kepala aku berat semacam? Bukan ke petang tadi aku baru lepas joging dengan Saiful?” Muka Hana penuh dengan perasaan keliru. Dia langsung tidak paham apa yang telah terjadi kepada dirinya kala itu.
“Tak ada apa. Petang tadi, Saiful cakap kau tiba-tiba je hilang. Aku baru je jumpa kau pengsan kat tengah jalan. So, aku bawa kau ke sini, tunggu kau sedar supaya aku boleh bawa kau pulang ke rumah. Kau sakit apa sebenarnya?” Pelik sungguh jawapan Hafiz. Dia tahu dia tak berapa pandai menipu. Tapi, harap-haraplah Hana tidak akan mengesyaki apa-apa yang pelik tentang dirinya.
“Oh, ya ke..?”
Hafiz hanya menganggukkan kepalanya sekadar mengiakan pembohongan yang baru dilakukannya sebentar tadi.
“Fiz, kenapa pakaian kau ni pelik sangat? Kau nak pergi mana ni?” Hafiz hanya tersenyum melihat Hana yang kebingungan itu. Sungguh cute! Tapi sayangnya, semua itu hanya untuk sementara.
“Aku baru pulang daripada dinner syarikat aku kerja. Masa tulah tiba-tiba aku nampak kau terbaring di tengah jalan. Epul ingat kau sengaja tinggalkan dia sorang-sorang kat tasik ni. Aku nak bawa kau pergi jumpa doktor tapi time tu aku macam dengar suara kau mengigau. So, aku batalkan aje niat aku tu.”
Hafiz tersenyum sekali lagi, namun, dalam hatinya...
‘Mengarut betul alasan aku tapi lantaklah...’
“Okaylah kalau macam tu. Aku pun malas fikir banyak. Kepala aku pun pening lagi ni. Fiz, hantarkan aku balik..? Lagipun, dah lewat ni.”
“Jom..”
Hafiz mengambil kunci kereta dan menghidupkan Myvinya. Hana yang duduk di sebelahnya hanya mendiamkan diri. Dia merasakan apa yang terjadi kepada dirinya sangat pelik. Perangai Hafiz pun agak pelik pada malam itu. Semuanya pelik... Otaknya makin berserabut memikirkan perkara itu.
Kedua-duanya hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan ke rumah sewa Hana. Hafiz dengan perasaannya yang bercelaru manakala Hana dengan kebingungannya tentang persoalan yang tak dapat dijawab.
Setelah lebih setengah jam memandu, akhirnya, mereka tiba di rumah flat Hana.
“Hana, tunggu sekejap. Aku nak bagi kau satu barang. Janji dengan aku walau apa pun terjadi, kau kena hidup dengan gembira tapi jangan pernah lupakan aku.”
Hana yang kebuntuan makin bertambah buntu dengan kata-kata Hafiz itu.
“Janji dengan aku..” Kali ini di tangan Hafiz sudah tersedia sebuah sampul bewarna merah hati.
“Baiklah, aku janji. Kau pun. Janji dengan aku kena hidup dengan gembira juga..” Hana cuba memecahkan ketegangan itu walaupun dia sedikit bingung dengan sikap Hafiz.
Hafiz sekadar menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. Keretanya mula meluncur pergi setelah Hana selamat masuk ke dalam rumah sewanya.
‘Hana, jaga diri....... ’

H&H - part3

“Bel, bos mau jumpa kau. You punya cikaru pun ada sama....” Panggilan telefon daripada Jamil sebentar tadi mengejutkan Hafiz.
Siapa cikaru aku? Aku mana pernah couple dengan sesiapa? Namun, tiba-tiba hatinya terdetik sesuatu. Ish, takkanlah Hana...? No way! Kalau tak silap aku tadi Hana beritahu aku yang dia keluar dengan Epul hari ni. Baik aku call Epul.
“Hello, Epul? Kau kat mana sekarang? Kau dengan Hana ke...?” Suaranya cuba dicontrol sebaik mungkin supaya Saiful tidak mengesan sesuatu yang pelik.
“Erm, tadi yalah aku dengan Hana. Tapi, sekarang entahlah…Tadi, time aku pergi beli aiskrim, dia tinggal aku macam tu jek… Rasa bengang giler ngan dia..”
“Dia pergi mana? Sejak bila pula Hana reti main tinggal-tinggal macam tu? Kau buat dia bengang kot?” Dia cuba menduga Saiful. Hatinya sedikit sebanyak cemburu kepada rakannya itu.
“Tak adalah. Tadi, macam OK jek. Lepas aku pergi beli aiskrim, bila aku cari dia tempat dia sepatutnya tunggu aku..entahlah, tiba-tiba je hilang. Aku cuma nampak sapu tangan dia je atas tanah..”
Hati Hafiz mula bergolak. Memang ada sesuatu yang tak kena dengan semua ini. Malam ini juga dia harus berjumpa dengan Mr. James. Ada sesuatu yang perlu diselesaikan.
“Ya ke? Tak apalah kalau macam tu. ”
“Kejap, Fiz... Kenapa kau cari Hana? Kau ada apa-apa ke dengan dia?” Hati Saiful mula diserang rasa cemburu.
“Tak ada apa. Aku ingat nak bagi barang kat dia. Hari tu dia tertinggal buku dalam kereta aku.” Bohong sunat tak apa kot. Sorry, Epul..tapi benda ni tak ada kaitan dengan kau. Cukuplah aku menyusahkan Hana seorang je.
“Oh, ya ke? Tak apalah kalau macam tu. OK, lagipun aku tengah buat assignment ni. Later k..? Bye.”
“Bye..” Talian diputuskan.
Selesai mengenakan kot berpakaian rasmi kumpulannya, Hafiz kemudiannya mengambil beberapa peralatan yang difikirkan perlu termasuk satu pendrive yang mempunyai rahsia ahli kumpulannya itu.


Ketika tiba di pintu club, seorang body guard membawa Hafiz ke tempat Mr. James.
“Bel, come in. Jemput minum.” Sebuah senyuman terukir di bibir Mr. James. Dia memang sudah menjangkakan kehadiran Hafiz ke tempatnya malam itu. Benar tekaannya, perempuan yang baru diculiknya tadi benar-benar adalah kelemahan Hafiz.
Hafiz memandang minuman di depannya. Semuanya minuman yang berbuih, haram. Cukuplah dulu dia pernah mengambilnya sekali. Dia takkan mengulanginya lagi. Dia pernah bersumpah untuk tidak mengulangi pekerjaan dulunya walau apa sebab sekalipun. Dia lebih rela mati daripada melakukan perkara terkutuk itu. Tapi, disebabkan Hana, dia muncul sekali lagi di sini.
“It’s okay.. where is the girl?” Pandangannya tajam ke arah Mr. James.
“You punya cikaru selamat. I nak bincang something dengan you. Duduk dulu..”
“Ini yang you nakkan? Okay, aku dah bawa sekarang. Semua maklumat masih ada dalam pendrive ni. Sikit pun aku tak usik. So, lepaskan budak tu.” Serentak dengan itu, Hafiz mengeluarkan pendrive yang dibawanya tadi kepada Mr. James.
“Tony, take that.” Salah satu orang yang berdiri di belakang Mr. James mengambil pendrive itu dan disimpannya.
“Yes, I memang nakkan pendrive tu. Tapi, bukan setakat itu sahaja. I nak you kerja dengan kami semula. Come on Bel! I offer you dua ratus ribu...” Mr. James bagaikan bersungguh-sungguh mahukan Hafiz bekerja balik dengannya. “Or..your girl will……”
“You nak buat apa dengan budak tu? No way, aku takkan bagi kau sentuh sikit pun budak tu. Dia tak tahu apa-apa. Aku rayu kau lepaskan dia…please?” Hafiz tahu demi Hana, dia sanggup lakukan apa sahaja. Apatah lagi, semua ini adalah salah dia menyeret Hana sekali ke dalam masalahnya.
“Okay..dengan syarat you kena kerja dengan kami semula. So, macam mana?”
“Okay, tapi bagi kesempatan untuk aku pastikan dia selamat pulang ke rumahnya.”

H&H - part2

“Bos, ini gambar Bel dengan cikarunya. Kali ini, semua rancangan kita akan berjaya. Bel akan masuk dalam perangkap kita.” Jamil menunjukkan beberapa keping gambar Hana dan Hafiz di Mid Valley yang sempat dirakamnya dengan bangganya. Softcopy yang berada dalam pendrive bewarna hitam turut dihulurkan kepada Mr. James.
“Bagus, Jamil. Sekarang I nak you follow Bel sampai dia setuju bekerja dengan kita sekali lagi. Tak kisah you all nak buat apa asalkan dia kembali dekat club ni.”
“Erm, lagi satu…I nak you, Jamil dapatkan balik semua bukti kerja kita daripada Bel. Lupuskan semua bukti tu. Jangan ada satu pun yang tertinggal! I warn you.”
Selesai berkata demikian, Mr. James ataupun nama sebenarnya James Chua yang merupakan ketua kongsi gelap seluruh Kuala Lumpur, terus berlalu meninggalkan Jamil and the gangs.
Selesai menaiki Toyota Camry yang ditinted hitam, dia hanya mengisyaratan sesuatu kepada Jamil supaya semuanya dibereskan secepat mungkin.
Daripada jauh, Jamil hanya tersenyum cuba menutup rasa tak puas hatinya terhadap sikap pilih kasih Mr. James terhadap Bel. Apa kurangnya dia dengan Bel? Sedangkan dulu, dia lebih lama berada dalam kumpulan kongsi gelap itu berbanding Bel tapi Bel yang baru 7 bulan berada dalam kumpulan itu sudah mengatasi pangkatnya. Ini tak adil sama sekali.
‘Tak apalah Bel...suatu hari nanti kau akan kena juga! Kau takkan terlepas dengan senang.’


Di tasik titiwangsa......
Selepas penat berjoging mengeluarkan peluh, Hana merehatkan diri di kerusi rehatnya. Hari itu, tidak ramai orang yang bersiar-siar di tasik itu kerana ramai yang bekerja pada weekdays. Saiful yang sudah kepenatan juga sedang duduk di sisinya. Dia begitu rapat dengan Saiful kerana dalam kuliahnya, hanya mereka yang berasal daripada negeri jelapang padi.
“Epul, kau ni lembiklah. Baru satu round setengah, kau dah termengah-mengah. Kau ni macam perempuanlah!”
Saiful hanya tersengih mendengarkan kata-kata Hana. Suka hatilah Hana nak kata apa. Yang penting, dia memang penat sangat ketika itu. Lagipun, tak hairan pun jika dia berasa penat begini setelah lebih dua tahun tidak melakukan aktiviti begini.
“Ya..aku ni perempuan ke apa ke...suka hati kaulah nak fikir apa. Aku dah lama sangat tak bersenam ni. Macam perempuan pun.........still ada lagi orang nak kan?” Serentak dengan itu, Saiful mengenyitkan matanya pada Hana.
“Hah? Siapa perempuan yang malang sangat tu?” Hana menggelengkan kepalanya dan menunjukkan riak simpati di wajahnya. Saiful hanya tersengih.
“Kaulah..! Hahahahaha...........” Meledak keluar tawa Saiful.
Hana hanya membuat mimik muka tak puas hati. Namun, jauh dari dalam hatinya dia mengakui kebenaran kata-kata Saiful itu. Yup, aku menyukainya. Tapi, Saiful tak pernah menunjukkan sesuatu yang serius kepadaku. Sejak dahulu lagi, dia selalu bersikap keanak-anakan sehingga aku dah jemu menunggunya. Tiga tahun lamanya. Itu bukan suatu tempoh yang singkat.Tapi, benarkah aku benar-benar telah berhenti meyukainya? Ada sesuatu dalam hatinya yang menyangkal penyataan itu.
“Sudah-sudah la gelak tu! Tak lucu pun. Dahlah, aku nak balik ni. Kalau kau tak nak ikut, duduklah kat situ gelak sorang-sorang macam orang gila.”
“Alaa..cik Hana, awak merajuk ke?” Hana hanya buat-buat muka. Saiful ni kan…Eee..tak pernah berhenti nak sakat aku ke?
“Hana…tunggulah aku kejap?” Hana buat-buat pekak. Malas nak dilayan kerenah Saiful. Langkah kakinya makin laju meninggalkan Saiful.
“Hana…!! Hana Mirza……….”
Tiba-tiba entah mengapa langkah Hana terhenti. Tak sangka rupa-rupanya Saiful ingat nama penuh aku. Bukan ke sebelum ni Saiful merupakan manusia yang paling susah mengingat nama orang. Dia tak pernah ambil peduli tentang nama penuh rakan-rakannya. Tak kisahlah rakan biasa or kawan baik, semuanya hanya short name. Tapi, pelik betullah Epul ni!
“Hana Mirza Adnan….” Suara Epul yang sayup-sayup tadi sudah kedengaran jelas di telinganya. Hana tersentak.
“Epul? Bila masa kau dah sampai sini?” Pertanyaan Hana tidak dijawab malah dibalas dengan senyuman.
“Hana, aku nak beli aiskrim tu kejap. Kau nak tak?” Jari telunjuk Saiful menuding ke arah sebuah motorsikal yang menjual aiskrim tidak jauh daripada mereka.
“Erm, boleh juga. Lagipun, best juga makan aiskrim lepas joging.” Hana tersenyum. Dalam hatinya terdetik, ‘apalah aku ni? Baru lepas buang lemak, dah nak tambah lemak lagi. Tapi, apa salahnya bagi Epul belanja sekali-sekala kan?’
Daripada jauh, Hana hanya memerhatikan gelagat Saiful membeli aiskrim. ‘Comel juga kan Epul ni? Hahaha..gatalnya aku!’
Tiba-tiba Hana terasa ada tangan yang menekup mulutnya dan tiba-tiba bayangan Saiful hilang daripada pandangannya. Entah apa yang terjadi dia tidak pasti.
Saiful yang baru selesai membayar harga aiskrim berjalan menuju ke arah Hana berdiri sebentar tadi tapi dia tidak nampak bayangan Hana. Dia menoleh ke sekeliling dan cuba mencari kelibat Hana namun hampa. Aiskrim-aiskrim di tangannya mula mencair hingga menitis di kakinya.
“Alamak, aiskrim ni dah cair! Ish, nanti tumpah kena kasut aku. Dahlah kasut baru beli....” Dia melihat kedua-dua kasut yang dipakainya. Nasib baik tak kena. Tiba-tiba matanya terpandangkan kain yang tertinggal di atas tanah, berdekatan dengan kakinya. Macam kenal je sapu tangan ni? Bukan ke ini milik Hana? Diambilnya sapu tangan itu dan diletakkan ke dalam koceknya.
Akhirnya, dia menghabiskan kedua-dua aiskrim tu setakat termampu apabila gagal mengesan Hana. Hatinya agak terguris mengenangkan sikap Hana yang meninggalkannya begitu saja di tasik itu sedangkan sebelum ini, Hana tidak pernah bersikap begitu terhadapnya. Merajuk sangatkah Hana dengannya? Tapi, rasa-rasanya gurauannya biasa-biasa sahaja. Sebelum ini pun macam tu juga, tapi Hana tak pernah melayannya begitu.
Di dalam poketnya, dia mengeluarkan seutas rantai silver bercorakkan bintang.
“Hana, why did you do this to me?”

H&H - part1

“Hana..kau ada masalah ke?” Pertanyaan daripada Hafiz itu benar-benar mengejutkanku. Bagaimana dia mengetahui semua yang ada dalam kepala otakku ini? Gila..obvious sangat ke masalah-masalah itu di wajahku?
“Hah, apa maksud kau?”
“Tak ada apa-apa..cuma aku tengok muka kau selalu saja muram. Kenapa ya?” Hafiz ni pelik la. Tiba-tiba saja tanya aku semua ni. Dia tu tak sedar dia lagilah pelik. Sekejap OK, sekejap pula macam dingin and then sekarang tiba-tiba pula peramah dengan aku. Apa maksud dia yang sebenarnya?
“Okaylah kalau tak ada apa-apa.”
“Hana, kalau aku cerita sesuatu kat kau…kau boleh janji tak jangan beritahu kat sesiapa. Dengan Saiful pun kau tak boleh beritahu. Ini antara aku dengan kau je.”
Saiful... Ya, kerana Saifullah kami bertemu. Saiful merupakan jiran dan teman baiknya sejak daripada kecil. Apa specialnya aku di matanya sehinggakan hanya aku yang berhak mengetahui rahsia yang sangat dirahsiakannya itu?
“Okay..no hal!” Tapi, tak kisahlah apa pun. Yang penting, Si Hafiz telah membuka sudut kecil dalam otakku yang penuh dengan rasa curiousity.
“Aku sebenarnya pernah jadi ahli kongsi gelap dekat KL. Tak siapa pun yang tahu pekerjaan gelap aku ini. Dulu, duit aku pernah sampai berpuluh ribu kat dalam bank sampaikan aku bagi macam tu je kawan aku pinjam sampai beribu ringgit.”
“Oh, ya? So, kenapa kau beritahu aku semua ni?” Hana confuse. Apa sebenarnya mamat ni? Saja nak kenakan aku ke?
“Kau tak percayakan aku kan? Tak apa, nanti kau akan tahu juga kebenarannya. Aku tak pernah tipu kau.”


Sebulan berlalu, hubungan Hana dan Hafiz semakin mesra namun, perkara yang pernah diceritakan Hafiz suatu ketika dahulu masih menjadi tanda tanya.
Hari itu, Hafiz membawa Hana ke Mid Valley untuk menonton wayang. Bagi Hana, Hfiz tak ubah seperti rakan baiknya sendiri tetapi kadangkala layanan Hafiz terhadapnya sangat merimaskan. Kadang-kadang Hafiz melayannya tak ubah seperti melayan seorang girlfriend. Hana bingung.
“Fiz, aku nak tanya kau something boleh?” Hana memulakan bicaranya selepas selesai menonton wayang. Ketika itu, mereka sedang melepak di kerusi rehat di situ sambil menikmati aiskrim McD.
“Erm..ada apa?”
“Kau suka aku eh?” Hafiz yang sedang makan aiskrim terasa seperti ingin tersembur keluar aiskrim di dalam mulutnya.
“Hah?”
“Betul ke kau suka aku?”
“Aku cuma anggap kau sebagai kawan je.”
“Habis tu, kenapa kau layan aku macam ni? Kau kan tahu pendirian aku macam mana. Aku takkan terima kau lebih daripada seorang kawan. Tolonglah berhenti layan aku macam ni. Aku rimas tau tak?”
“Err...sorry kalau kau rimas dengan aku. Mungkin aku tak perasan yang aku dah terlebih melayan kau macam tu. Tapi, aku tak berniat apa-apa pun.”
Dalam hati, Hafiz cuba menyembunyikan sesuatu. ‘Ya, Hana..sorry aku dah terlanjur menyukai kau tapi perasaan ini tak boleh diteruskan. Aku tak mahu jadi sesuatu yang tak diingini pada kau.’
“Ye laa..cuba kau bayangkan setiap malam kau call aku. Lepas tu, bila aku keluar dengan Saiful or lelaki lain, kau tak stop calling aku. Aku rimas tau tak? Sampaikan kawan-kawan laki aku ingat kau boyfriend aku.”
Hana terus meluahkan rasa tak puas hatinya selama ini. Hafiz harus disedarkan. Jika tidak, aktiviti sehariannya terasa bagaikan dikongkong.
“Okaylah kalau macam tu.”
Rasa lega mula menyelubungi Hana dan tanpa sedar rupa-rupanya gambar pertemuan mereka di Mid Valley sedang dirakam satu persatu.