Wednesday, October 20, 2010

Cinta Maya - part4

- Yana bngn. Kul 8 pg ti umar abis keja.
Yana tersedar daripada lenanya. Deringan handphonenya tanda mesej masuk ke dalam peti inbox. Dia agak mamai. Mesej daripada Umar itu dibalasnya.
+ Umar x keja ke arini?
- cuti la syg..arini kn ari ahd..cpt la siap. Kul9 nanti umar amek yana.
Mata Yana mula segar kembali seta-merta. Wow..bestnya! Tak sangka dia datang tepat pada masanya untuk keluar dengan Umar. Sangkanya, Umar bekerja seperti biasa pada hari itu dan selepas semalaman tidur di hotel itu dia akan pulang begitu saja.
+ Umar tlg bwkkan yana bju. Dah sharian yana pakai baju ni x slesa la..
- ok..nnti umar bwkkan
Yana bergegas mandi. Hatinya berbunga riang. Akhirnya, setelah sekian lama dia ingin keluar bersama Umar dan hari ini impiannya tercapai juga.
Setelah siap menyegarkan diri, Yana duduk di hadapan cermin. Dia memandang wajahnya di cermin.
‘Erm..nak make up ke tak nak ni?’ Dia membuka beg galasnya. Tak banyak alat make up yang dibawanya. Semuanya ala kadar. Cuma eyeliner, compact powder dan lipgloss jek yang dibawanya. Tiba-tiba handphonenya vibrate.
- Abg da smpai. Nk abg naik ke hntarkn?
+ blh jugak..
Tak sampai 5 minit, biliknya tiba-tiba diketuk daripada luar. Yana kaget. Dia cuma memakai towel sahaja. Dengan cepat, dia tergesa-gesa memakai slack dan t-shirt miliknya yang digantung di dalam almari. Pintu bilik dibukanya. Umar sedang tersenyum di luar. Dengan berbekalkan sedikit senyuman, Yana terus mengambil plastik berisi baju yang dihulurkan oleh Umar. Pintu bilik ditutupnya serta-merta. Dia tak tahu kenapa dia harus berasa begitu segan dengan Umar. Apatah lagi sebelum ini dia hanya memakai towel sahaja ketika berada di biliknya.
Yana bergegas menyiapkan diri untuk keluar dengan Umar. Dia kelihatan kelam-kabut. Umar sudah membunyikan hon. Mungkin kerana dia bengang dengan layanan Yana terhadapnya sebntar tadi. Setelah membuat check-out seperti yang disuruh Umar, Yana melangkah keluar daripada pintu hotel menuju ke kereta Latio milik Umar.