Monday, February 28, 2011

Biarkan Aku Kembali Senyum - part7

Bangunan di bawah terasa begitu kecil. Di atas puncak bangunan fakultinya, Maya menunduk ke bawah melihat kereta yang sedang berulang-alik di jalan raya. Terasa begitu kecil kereta-kereta itu. Tak ubah seperti semut sedang berkeliaran mencari makanan. Sudah lama dia teringin memanjat puncak bangunan itu sekali lagi. Terasa tenang di atas itu. Terasa semua masalahnya tertinggal di bawah. Hatinya rasa terawang-awang. Tenang sekali rasanya berada di atas puncak bangunan itu.
Maya duduk menyandar di tepi bangunan itu. Dia mengeluarkan sebotol painkiller daripad begnya. Di kepalanya terlintas pelbagai persoalan.

‘Adakah aku akan berasa tenang setelah apa yang ku lakukan ini? Adakah dia (Amar) akan merasa kehilangan aku…?’

Lama dia merenung botol itu. Sehinggalah di kepalanya terbayang wajah familynya satu persatu. Dirinya hanya satu langkah ke arah satu tindakan yang bodoh. Tiba-tiba air matanya mengalir. Amar tak mungkin pernah peduli dengan apa aku rasa. Dia langsung tiada perasaan.

‘Berhakkah dia membunuh perasaanku kerana perasaannya telah lama mati..?’

Kenapa seringkali dia perlu menangis disebabkan oleh seorang lelaki yang berhati batu? Ini sudah kali kedua dia mengalami perkara yang sama. Dia tahu betapa susahnya ketika dia cuba melupakan lelaki pertama yang disukai tapi tak pernah menghargainya. Bahkan lelaki itu selalu merendah-rendahkannya. Sakit. Itulah apa yang dirasakannya dulu. Dan kali ini dia masih merasakan perkara yang sama. Akhirnya, botol painkiller itu dibuangnya. Setelah apa yang berlaku, semangatnya masih kuat untuk terus hidup.
Lama Maya terduduk di situ memikirkan masa depannya. Hatinya masih sakit dengan apa yang terjadi. Dia langsung tak dapat membenci Amar apatah lagi untuk melupakan. Sampai bila dia harus merasai semua ini? Dia langsung tak dapat menumpukan perhatiannya dalam study. Juga tak dapat mencari pengganti Amar.
Akhirnya, dia melangkah meninggalkan tempat itu dengan impian baru. Dia takkan menoleh ke belakang lagi. Dia takkan menyintai mana-mana lelaki lagi seperti mana dia menyintai Amar. Cinta yang langsung tidak dapat membenci. Apa salah hatinya selalu disakiti? Dia juga mahu hidup seperti temannya yang lain. Dipuja dan dicintai dengan ikhlas. Tapi mungkin cinta itu bukan miliknya. Air mata di matanya sudah kering, kelihatan matanya membengkak. Tapi, hatinya lebih teruk daripada itu. Setiap kali jantungnya berdegup, setiap kali itu jugalah dia merasakan kesakitan.

“Ya Allah, andai kehadiran Amar untuk mempermainkan hatiku, kau pulangkanlah rasa ini kepadanya..”

Friday, February 25, 2011

Biarkan Aku Kembali Senyum - part6

Kali ini jiwa Maya benar-benar mati. Tanpa mengenalinya dengan cukup rapat, pasti yang menganggapnya sebagai playgirl namun dia langsung tidak berniat untuk menjadi seperti itu.

Maya merenung kembali tentang dirinya yang dahulu. Cukup innocent. Dia selalu mengharapkan adanya seorang lelaki yang akan mencintainya dengan hati yang tulus. Sentiasa di sampingnya ketika dia bersedih, selalu setia memberikan sokongan kepadanya dan sedikit pun tidak akan melukakan hatinya. Apa benar masih wujud lelaki seperti itu di dunia ini? Dia sudah tawar hati dengan semua impian itu. Impian yang hanya dongeng semata-mata. Impian yang hampir merosakkan fikirannya.

Seorang demi seorang lelaki yang ingin berkenalan dengannya cuba dilayannya namun hatinya tidak mampu untuk mencari pengganti Amar. Baginya, hatinya hanya untuk seorang dan bila hati sudah belajar menyayangi, takkan semudah itu untuk melupakan. Hatinya sakit sekarang. Walaupun sikap Amar kadang-kadang langsung tidak menghargainya tapi dia masih tidak dapat membenci Amar. Kenapa hatinya terlalu lembut ubtuk membenci seseorang?

Sudah berhari-hari lamanya dia hidup dalam keadaan tertekan. Langsung tidak mampu keluar bilik. Tak sangggup baginya untuk menghadapi jahatnya dunia ni. Hampir setiap malam air matanya mengalir. Kalaulah Amar tahu apa perasaannya sekarang ni. Hatinya sakit sedangkan Amar sedang bergembira bersama Fatin. Adilkah dunia ini?
Setiap masa hobinya adalah tidur. Setiap kali terjaga daripada tidur, dia seakan mengeluh. Hatinya masih sakit.

‘Kenapa aku harus terjaga daripada tidur. Sampai bila aku harus rasa sakit begini? Kenapa tak aku mati saja?’

Berulangkali dia menatap wajah Amar. Hatinya tertanya-tanya. Apa specialnya Amar hingga dia harus merasakan semua itu. Amar sedang bahagia dengan Fatin. Itu hakikatnya. Bukan hanya apa yang difikirkan tapi terbukti daripada setiap gambar-gambar di laman facebook. Hatinya sakit tapi apa yang dapat dibuatnya. Hanya air mata yang sudi menemaninya. Hatinya meraung sekuat hati minta agar dapat didengari oleh Amar. Tapi, andai semua itu mungkin terjadi.

Saturday, February 19, 2011

Biarkan Aku Kembali Senyum - part5

Anehnya setiap apa yang diperkatakan oleh Amar sentiasa bermain-main di kotak fikirannya. Setiap SMS yang dihantar oleh Amar juga seakan dihafalnya. Kenapa sikit pun dia tidak dapat berhenti berfikir tentang Amar? Malahan, dia juga masih tiada selera untuk makan. Kadang-kadang perutnya terasa lapar tapi masih gagal menerima makanan secara normal. Mungkin ketika ini tubuhnya perlu lebih nutrisi, namun jauh di sudut hatinya dia sedang memprotes tentang apa yang terjadi. Dia cukup degil untuk mengikut cakap Amar untuk makan dan menjalani hidup seperti biasa.
Sudah beberapa kali juga dia memonteng kelas. Segala apa yang dipinta oleh Amar, satu pun tidak diturutinya. Ketika mendengar tentang hal-hal perkahwinan, hatinya berasa sakit. Adakah dia mampu menerimanya jika mendengar tentang hal pertunangan Amar? Kata-kata Amar berulangkali menceroboh kotak fikirannya.
“Abang dah nak tunang dengan Fatin.”
Fikirannya makin sarat mendengarkan kata-kata yang berulang itu. Hatinya kusut.
‘Argh, aku tak mampu. Aku takkan sanggup mendengar tentang hal pertunangannya. Bukan dalam waktu yang terdekat ni. Aku lagi rela mati daripada jadi gila begini..’
Akhirnya, satu SMS lagi dihantar kepada Amar.
+ Abg, pmintaan trakhir maya...maya hrp abg dpt tunaikn. Tlg jgn tng lam ms tdekat..jgn thn ni. Maya x sggp nk dgr. Bg maya masa lpakan semua prasaan maya pd abg
- Baiklah, abg akn tunaikn. Hrp maya dpt maafkn abg..
+ Maaf abg, slagi maya x dpt lpakan prasaan maya pd abg, maya x mmpu nk maafkn abg. Hati maya skit n jiwa maya da mati. Maya x dpt nk bnci abg. Bnd ni lg complicated drpd apa yg maya rs sblm ni. Maya rs maya da x dpt nk syg siapa2 da lps ni
Setiap satunya yang dilakukan ketika pertemuan terakhir mereka bermain-main di fikiran Maya. Kenapa benda ni makin membunuhnya? Dia tak dapat lupakan semua tu. Amar masih memanggilnya ‘sayang’, Amar masih mahu menciumnya ketika mula-mula menemuinya. Perasaannya ketika itu penuh dengan harapan dan impian yang bahagia tapi sekarang, semuanya hancur. Langsung tiada apa-apa lagi yang tinggal.

Biarkan Aku Kembali Senyum - part4

Beberapa hari kemudiannya dia merasakan yang perasaannya terhadap Amar sudah berkurang. Dia sudah boleh melayan SMS Amar seperti biasa kerana jiwanya sudah mati. Thanks to Amar kerana dia sudah tidak mempunyai hati seperti dulu lagi. Malahan untuk memulakan segalanya dengan orang baru pun dia tak mampu. Semua orang yang cuba mentacklenya tidak dilayan. Di hatinya sekarang cumalah hasrat untuk menjadi seorang engineer yang berjaya.
Kali ini dia mulai dapat belajar sekali lagi. Dan untuk kali ini, dia harap yang segala perasaannya kepada Amar akan hilang. Kalau perlu, untuk selamanya. Namun tanpa disedarinya, setiap harinya dia lebih suka tidur sahaja. Di hatinya dia berharap dapat menemui Amar yang dicintainya dalam mimpi. Biarlah secara fizikalnya, Amar mungkin milik Fatin namun itu takkan menghalang dia mencintai bayangan Amar di alam mimpi. Kerapkali dia terjaga di tengah malam dan di awal pagi kemudian tidak dapat melelapkan matanya. Setelah mimpinya yang panjang, sedarnya hanya memikirkan mengenai Amar. Perutnya terasa lapar namun dia hanya mampu makan sesenduk nasi sehari. Itu pun kalau perutnya dapat mengisi nasi pada hari itu. Dia merasakan tubuhnya semakin kurus. Mukanya makin bertambah cengkung dan matanya lebam-lebam kerana terlalu banyak tidur. Entah kenapa dalam keadaan sekarang, jarinya masih setia menekan button pada handphonenya untuk menghantar SMS kepada Amar.
+ Amar, perut maya sakit
- Sma r. Abg dmam. Muntah2 jea
+ Maya x dpt lupakan abg. Asyk mmpi jek
- Mmpi pe? Abg xreti kongsi mslah. Meskipun ngn fmly ni kan pula maya ke fatin ke. Abd da 1 prob besa kna sttlekan ntah r
+ Knape?
- Sbb tu tiap2 mlm abg tdo lmbt. Memikir mslah nil ah. Harap Allah tnjkn jalan wat abg. Maapkn sme salah silap abg. Abg mnusia biase. Doakn abg dpt sttle prob tu. If x smpai tua abg kna tgung
+ Prob pe?
- Lau maya nk taw hati abg dh lma mati 5 thn lpas
Maya teringatkan sebuah kisah yang pernah diceritakan oleh Amar. Tentang seorang gadis yang begitu degil untuk bersamanya dan akhirnya telah tiada lagi di dunia ini. Seorang gadis yang selalu memanggilnya ‘Mr. Sakura’. Dia meninggal dalam satu accident ketika menaiki motosikal yang dibawa Amar.
+ Sbb pmpuan tu ke?
- Bkn..
Kemudian satu lagi SMS berturut diterima daripada Amar.
- Maya mkan lah jge ksihatan. T nk stdy cmne. Abg nk maya jd dekan cm abg taw. jnjiǃ
Maya terdiam. Permintaan Amar ini cukup besar untuknya. Apatah lagi sudah berulangkali dia menghadapi masalah dalam belajar. Bukan kerana tidak pandai tapi kerana dia gagal mengawal emosinya ketika pelbagai dugaan muncul dalam hidupnya.
+ X thu knape..even lapar maya x dpt nk telan mknn tu. Entah dah gastrik kot skrg ni
- Sbb mkn hr2 wktu brubh. Sbb tu r. Abg tpakse tdo td mkn ubt da trase ksnnya. Assalamualaikum.
+ Waalaikumussalam..
Rasa mamai akibat terjaga tadi masih menghantui Maya namun dia sedikit pelik dengan sikap Amar kali ni. Kenapa Amar berperangai pelik? Adakah dia sakit?

Biarkan Aku Kembali Senyum - part3

Maya menatap wajahnya di cermin biliknya. Wajahnya sudah semakin pucat. Sudah beberapa hari dia tiada selera untuk makan. Aktiviti sehariannya cuma tidur. Dia ingin melupakan semuanya dengan tidur namun dia tetap bermimpikan Amar. Di cermin itu jugalah dia nampak bayangan Amar sedang memeluknya daripada belakang sambil tersenyum. Dia begitu merindui saat itu. Saat indah yang hanya seketika.
“Abang suka peluk Maya macam ni. Entah la..rasa best jek.”
Maya memandang Amar yang sedang tersenyum. Lapang rasa hatinya. Akhirnya, dia turut mengukirkan sebuah senyuman untuk Amar.
Maya menyentuh permukaan cermin itu sambil membayangkan wajah Amar. Dia ingat setiap satunya bentuk di wajah Amar. ‘I miss you Amar..so muchǃ’
Dia teringat lagi kali terakhir ketika menemui Amar, Amar asyik menggosok kepalanya. Adakah iu tandanya Amar mengucapkan selamat tinggal kepadanya? Dan hari itu juga entah kenapa dia mahu menatap wajah Amar lama-lama kerana hatinya terdetik yang selepas itu mereka akan sukar untuk berjumpa. Dia mahu menghabiskan masanya berseronok dengan Amar. Anehnya, selepas apa yang berlaku, dia makin sukar untuk melupakan Amar.
Akhirnya, hanya air mata yang menjadi peneman setia Maya malam itu.
Malam itu, seperti biasa Maya membaringkan badannya untuk tidur. Itulah aktiviti utamanya sejak ditinggalkan Amar. Hendak study pun dia tidak mampu. Setiap kali dia membuka matanya wajah Amar yang sentiasa menghiasi pandangan matanya, di fikirannya. Maya penat. Dia lebih suka memejamkan matanya. Di situ, Amar tetap menunggunya dan di sinilah Amar adalah miliknya yang abadi..…tanpa kehadiran Fatin.
Bila terjaga, Maya hanya membayangkan dia sedang bermimpi. Kenapa dia terus terjaga sekali lagi? Dia tak mahu meninggalkan Amar di sana. Air matanya mengalir sekali lagi bila menyedari realitinya menyakitkan. Kenapa Amar sanggup meninggalkannya begitu?
Dia menyiapkan diri untuk ke kuliah. Betapa berat kakinya melangkah. Tidak mahu serasanya hidup di dunia ini sekiranya hanya merasakan kesakitan tiap kalinya. Berkali-kali jua Maya membayangkan dirinya mati. Tapi kenapa dia masih hidup hingga ke hari ini? Kadang-kadang terasa sesak dadanya untuk bernafas hingga dia terbatuk-batuk kecil. Dia tidak terdaya lagi menghirup oxygen di bumi ini seperti biasa.
Ketika bas yang dinaikinya melintasi tempat menjual baju pengantin, hatinya seperti dicalar-calar. Dia seakan dapat membayangkan betapa gembiranya Fatin di samping Amar. Dan Amar pula hanya meneruskan segalanya dengan Fatin hanya kerana rasa tanggungjawab. Dia lebih mementingkan perasaan keluarganya melebihi segalanya. Tidak tahu kenapa tapi hati Maya kuat menyatakan pertunangan yang disebutkan Amar tempoh hari merupakan permintaan daripada keluarganya.
‘Argh, sampai bila aku harus jadi macam ni?’ Maya mengeluh. Penat. Yang pastinya apa yang dirasainya diharap tidak akan berulang untuk kali ketiga. Dia cukup penat melayan perasaan seperti ini. Kalaulah dia dapat tidur yang panjang yang tidak memerlukan dia menghadapi saat-saat seperti ini. Mahu sahaja ditelannya pil yang banyak untuk menghilangkan semua sakit di hatinya namun syukurlah dia tidak segila itu.

Friday, February 18, 2011

Biarkan Aku Kembali Senyum - part2

Betapa harumnya wangian Dunhill Blue kepunyaan Amar. Entah kenapa Maya cukup suka dengan wangian itu dari dulu lagi. Dulu dia pernah tersilap membeli wangian ciplak bauan Dunhill Blue. Akhirnya, wangian itu diberikan saja kepada adik lelakinya. Yana memandang Amar. Amar sedang tersenyum kepadanya. Terasa tenang di dalam pelukan Amar.
Entah dari mana tiba-tiba mucul Fatin. Amar terus melepaskan pelukannya. Dia memujuk Fatin yang sedang menangis. Maya terkesima. Family Amar juga ada di sana sedang memujuk Fatin. Kenapa tiada siapa pun yang pedulikan tentang Maya? Kenapa…?
‘Amar, kenapa tinggalkan Maya? Kenapa pergi dengan Fatin? Amar, jangan tinggalkan Maya…’
Namun keluhannya tidak dapat didengari Amar. Maya menangis. Dia membawa diri dan terus menangis tanpa henti.
Entah bagaimana tiba-tiba Maya tersentak daripada tidurnya. Jam menunjukkan pukul 4 pagi. Hatinya masih sakit mengenangkan mimpinya sebentar tadi. Handphonenya dicapai. Tiada SMS daripada Amar.
+ Amar, Maya mmpi psl abg td..
- Mmpi ape?
+ Ttg perfume, ttg abg, ika… fmily abg. Fatin nangis n abg pjuk dye. Fmily abg pn da ske kt fatin…
Entah bila Maya tertidur kembali dia pun tidak sedar. Yang pasti dia tidak mampu terjaga dengan hati yang sakit. Anehnya, sekali lagi bayangan Amar terus muncul dalam mimpi Maya.
Pagi esoknya masih tiada balasan SMS daripada Amar. Tanpa sedar, Maya menatap handphonenya beberapa kali mengharapkan adanya keajaiban yang Amar akan menghubunginya namun hampa.
Maya merasakan betapa kejamnya hati Amar melayannya begitu. Nasi yang dibelinya langsung tidak dapat dihabiskan. Hanya sesuap dua yang mampu dia habiskan. Seleranya mati. Berulangkali fikirannya membayangkan dirinya bersama Amar petang semalam. Kenapa sanggup Amar memperlakukannya sedemikian rupa?
Maya membuka laptop kesayangannya. Dia cuba untuk melakukan assignments yang ada namun fikirannya kosong. Dia tidak dapat berfikir langsung untuk menyiapkan assignments yang diberikan. Akhirnya, Maya menutup laptopnya dan kembali melelapkan matanya. Dirinya terasa seperti mayat hidup. Langsung tiada perasaan. Yang ada pada hatinya cuma rasa sakit yang menyesakkan dada.

Thursday, February 17, 2011

Biarkan Aku Kembali Senyum - part1

Maya. Itu namanya tapi itu juga apa yang berlaku padanya sekarang. Segala bayangan tentang Amar sentiasa menghantui fikirannya. Amar...dia insan pertama yang benar-benar Maya cintai tanpa mahu mengakui hakikat itu. Kini Amar telah tiada lagi di sisinya. Telah pergi jauh dan dia menangisi pemergiannya.
“Abang..” Maya memandang Amar sebagai isyarat untuk mengucapkan selamat tinggal. Biasanya, Amar akan menghulurkan tangannya untuk dicium. Kadang-kadang Amar mencium pipinya.
Paham dengan isyarat Maya, Amar menghulurkan tangannya namun Amar kelihatan tiba-tiba berubah menjadi dingin.
Selesai mencium tangan Amar, Maya meminta kiss daripada Amar namun ditolak oleh Amar.
“Maaf, Abang nak belajar bersopan..” Maya memuncungkan mulutnya. Akhirnya, dia meletakkan tangannya di bibir dan menghadiahkan flying kiss buat Amar.
“Macam ni pun susah..”
Maya sudah bersedia untuk beredar daripada kereta Satria milik Amar. Bibirnya masih mengungkapkan senyuman. Terasa seronok setelah lama tidak menemui Amar.
“Maya…”
“Erm…?”
“Maya, nampaknya hubungan kita sampai kat sini sahaja.”
“Kenapa?”
“Abang dah nak tunang dengan Fatin.”
Terasa bergegar dunianya. Jantungnya seperti sedang direntap-rentap. Sakit. Mengapa Amar sanggup melakukan semua ini kepadanya? Padahal baru sebentar tadi mereka bersuka-ria, bergelak tawa. Dunia Maya terasa gelap sepenuhnya.
“Abang minta maaf. Abang patut beritahu Maya awal-awal lagi.”
“Kenapa….? Sanggup Abang buat Maya macam ni?”
Maya seakan seperti orang yang sedang dilanda hysteria. Air matanya mulai mengalir tanpa henti. Amar sekadar membisu.
“Maafkan Abang…”
Itulah kali terakhir Maya menemui Amar. Kereta Satria milik Amar terus membelah kepekatan malam. Maya bagaikan tunggul di situ. Matanya makin membengkak. Sampai hati Amar meninggalkannya begitu sahaja.
Malam itu Maya hanya mendiamkan diri. Hatinya terasa perit. Kalau diikutkan hatinya, mahu sahaja dia menangis, namun dia tidak mahu menyusahkan roomatesnya. Akhirnya, dibiarkan sahaja perasaan itu bergelumang dengan dirinya. Dia cuba berlagak cool, malahan roomatesnya langsung tidak dapat menangkap apa yang tersirat di hatinya ketika itu.
Selesai mandi dan solat, Maya terus menyiapkan diri untuk tidur. Dia langsung tiada mood untuk berbuat apa-apa. Hatinya sudah membengkak kerana sakit yang tak dapat diluahkan.

Tuesday, February 15, 2011

The Crying Child ~

She who sits alone in her room
Under her blanket
Cries non-stopped
Because nobody would believe her
About the evil monsters who repeatedly
came into her dream

She was so afraid
But what can she do?
She’s just a child
Why nobody ever trust her
Are they the real monsters?

Day by day
she prays that the monsters would
get away from her life
She prays that someday there would be
somebody who would listen

Till one day there’s no more prayer
would be heard
because she had lost faith in god
Her hope would never come true

Then she grows up become a heartless person
because of the crying child inside her heart
Is she the one who should be blamed now?

Cinta Maya - part12 sambungan II

Ketika para tetamu dijemput untuk acara tepung tawar, Yana turut sama melakukannya. Selesai acara makan beradab, kedua-dua pengantin meneruskan acara bergambar. Yana dan kawan-kawannya turut sama dalam acara itu bersama-sama dengan kedua-dua belah keluarga pengantin. Fazilah kelihatan begitu ceria di samping Ajim. Sebelum Yana pulang, Fazilah sempat membisikkan sesuatu kepada Yana.
“Yana, tunggu kejap. Ada orang suruh aku bagi ni kepada kau..” Mulutnya tersenyum.
Yana tiba-tiba blur. Dia tidak tahu apakah makna senyuman Fazilah itu. Dia mengambil sampul yang dihulurkan oleh Fazilah tadi dan terus meminta diri untuk pulang. Sebelum menghidupkan enjin keretanya, Yana membuka sampul bewarna merah itu. Dia begitu curious dengan isi kandungannya.

Salam, Yana..awak nampak cantik hari ni. Lebih menawan daripada ros merah di atas kereta awak ni. Apakah ianya mampu aku miliki?
~ Your Fan

‘Ros Merah? Atas kereta aku? Pelik la orang ini. Takkanlah ada bunga atas kereta aku ni..?’
Yana membuka pintu kereta. Benar terdapat sekuntum bunga ros merah di atas keretanya. Lawa bunga itu. Di tangkainya terselit sebuah nota kecil. Terdapat tulisan ringkas di atasnya.
‘Buat bidadari yang berjaya menawan hatiku..?’ Serentak itu terdengar nada dering telefon di dalam keretanya. Yana menatap nombor telefon pemanggil yang tertera di skrin handphonenya. Ianya nombor yang tidak dikenali. Mungkin panggilan tentang kerja agaknya. Dia menekan butang untuk menjawab panggilan itu.
“Hello, siapa ni..?”
“Assalamualaikum..boleh saya bercakap dengan saudari Yana?”
“Waalaikumussalam. Ya..tengah bercakap ni. Siapa ni?”
“Saya Hairi, sepupu Fazilah. Boleh kita jumpa sekejap?”
“Hairi...” Yana cuba mengingat kembali nama Hairi. Rasanya tak pernah Fazilah memperkenalkan sepupunya yang bernama Hairi kepadanya sebentar tadi.
“Hairi...? Kenapa nak jumpa? Ada hal penting ke? Tapi rasanya saya tak tahu sepupu Fazilah yang bernama Hairi.”
“Saya kat depan kereta awak sekarang.” Yana mengangkat pandangannya ke hadapan. Di depannya, betul-betul terdapat seorang lelaki sedang berdiri memandangnya. Dia meletakkan handphonenya.
“Encik Hairi ke..?”
“Hairi je. Awak ingat saya tak? Kita pernah jumpa sebelum ni. Masa your company buat consultation tentang projek palm oil mill in my company. Dah lupa ke? Mr. Hairi..the GREENTECH OIL project manager?”
“Oh yes,Mr. Hairi..ǃ Sorry saya terlupa tadi. By the way, you’re Fazilah’s cousin? ”
“Yes..and I the one who put the red rose on the top of your car. Sorry if it’s disturbing you..”
“Oh, it’s okay...kenapa awak buat semua ini?”
“Sebab saya nak ajak awak keluar dengan saya as my special one. May you?”
Yana hanya tersenyum. Sikap Hairi memang menyenangkan sesiapa sahaja yang mengenalinya. Mungkin ini jugalah takdir hidupnya. Apa salahnya mencuba.
“Why not..asalkan awak yang belanja.”
Daripada jauh, Umar hanya memerhatikan segala perbuatan Yana. Akhirnya, Yana menemui seseorang yang boleh menggembirakannya. Walaupun hatinya terasa sedikit cemburu, namun dia harus merelakannya. Lagipun, dia sudah ada Ika di sampingnya. Dia merenung Ika yang sedang duduk di sebelahnya sambil memangku Adam. Senyuman mula terukir di bibirnya.
“Kenapa abang ni?”
“Saja nak tengok isteri abang yang comel.”
“Ada-adalah abang ni. Malu Ika.. Adam tengok Papa kamu ni. Suka sangat mengusik Mama.”
Adam hanya tersengih. Dengan lesung pipit yang terserlah di kedua-dua pipinya, Adam kelihatan comel sekali.
“Tengok..Adam pun sokong Papa dia. Hahaha..”
Kereta Latio milik Umar terus meluncur laju di jalan raya.

Cinta Maya - part12 sambungan I

Lama Yana memerhatikan gelagat orang yang disangka Umar itu. Hinggalah tiba-tiba seorang perempuan menegurnya daripada belakang lelaki tersebut. Yana kenal perempuan itu. Perempuan itu Ikaǃ Lelaki itu menoleh ke belakang dan entah bagaimana terpandangkan Yana. Lelaki itu benar-benar adalah Umar cuma wajahnya nampak lebih matang dan tenang ketika ini.
“Assalammualaikum..”
Yana memandang Umar. Dia cuba tersenyum. Terasa agak kekok setelah apa yang sudah terjadi antara mereka.
“Waalaikumussalam. Lama tak jumpa. How’s your life right now?”
“Fine. Not bad. How’s yours?”
“Not bad either. Itu anak you ke? Comel..”
Pandangan Yana terarah kepada seorang budak lelaki di sisi Umar. Wajah budak itu tak ubah seperti Umar. Bezanya hanyalah budak lelaki itu memiliki lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Mungkin diwarisinya daripada genetik Ika.
“What’s his name?”
“Mohd Adam Haris..”
“Boleh I dukung dia?”
Umar sekadar menganggukkan kepalanya tanda membenarkan. Yana membongkokkan sedikit badannya untuk mengangkat Adam. Budak itu baru berusia setahun lebih namun dia kelihatan mesra walaupun dengan orang yang tidak dikenalinya.
“Hai Adam..ni Auntie Yana nk cium sikit boleh tak?”
Yana seronok bermain dengan Adam. Budak itu kelihatan sangat comel bila tersenyum. Umar hanya memerhatikan setiap tingkah laku Yana.
“You dah kahwin?”
Yana terhenti seketika.
“Belum.. belum sampai seru agaknya.”
“You dah ada someone ke belum? Nak I carikan?”
Seloroh Umar mengundang senyuman daripada Yana walaupun suasana itu kelihatan begitu kekok bagi mereka berdua. Umar terpandangkan rantai tangan yang bercorak bintang di pergelangan tangan Yana. Itulah permintaan Yana padanya untuk hari lahirnya yang ke-22. Yana tak pernah berubah. Dia tersenyum sendirian.

Cinta Maya - part12

2 tahun seterusnya..
Yana tengah bersiap-siap untuk menghadiri majlis perkahwinan kawannya Fazilah di Seremban. Hari itu, dengan bertemakan warna merah, Fazilah akan bersanding dengan bakal suaminya, Ajim. Tak sangka akhirnya setelah lebih 8 tahun, perhubungan mereka akhirnya berjaya kekal ke jinjang pelamin. Yana tersenyum sendirian.
Kereta Honda Civic yang dipandunya mula memasuki area Seremban. Di bandar itulah, terletaknya rumah Fazilah. Yana tiba-tiba teringat akan kisahnya dengan Umar. Entah bagaimana agaknya kalau tiba-tiba dia menemui Umar di rumah Fazilah?
‘Argh, tak mungkinlah aku menemui Umar di sini. Seremban ni bukannya kecil sangat.’
Yana tersenyum dalam hatinya memikirkan tentang imaginasinya sebentar tadi. Ketika keretanya melintasi Hospital Kpj Seremban, hati Yana tiba-tiba terasa berdebar-debar. Walaupun tempat ini tidak mengundang banyak kenangan antara Umar dengannya tapi di sinilah tempat kerja Umar. Tidak sampai 15 minit kemudian, Yana tiba di perkarangan rumah Fazilah.
Keadaan di rumah Fazilah agak meriah. Di situ, Yana menemui rakan-rakannya yang dikenali ketika belajar di UiTM bersama Fazilah. Ramai di antara mereka yang sudah berkahwin. Yana hanya tersenyum ketika diusik bila akan menamatkan zaman bujangnya. Dia sebenarnya masih solo. Hidupnya sekarang cumalah untuk menstabilkan kariernya sahaja. Dia belum terlintas untuk berkahwin lagi. Lagipun, calonnya pun masih tidak ada. Entah bagaimana tiba-tiba hati Yana terasakan sesuatu ketika melihat seseorang melintas di depannya. Daripada pandangan sisinya, orang itu tak ubah seperti Umar.

Cinta Maya - part11 sambungan

Yana mendengar lagu yang terasa menenangkan hatinya. Berkali-kali dia memainkan lagu Keluhanku yang dinyanyikan oleh Divine Masters. Dia menghayati lirik lagu itu satu persatu.

Inikah perbuatanmu
Setelah ku milikmu
Telah banyak ku berikan
Kaca yang kau balaskan

Tak pernah aku fikirkan
Seribu helang kan datang
Kini tangis bercucuran
Takdir kisah kehitaman

Tewas ku kebanggaanmu jujur hatiku
Sabar ku melepaskanmu bukan milikku
Dengar suara hatiku mengeluh

Dengar suara hati
Dengar suara hati
Dengar suara hatiku mengeluh

Mungkin sudah takdir, Umar bukanlah miliknya. Malam itu Yana tidur awal kerana tidak sanggup merasakan kesakitan dalam hatinya.
Namun paginya esoknya, kelihatan masih ada SMS daripada Umar.
-Yana...
Gilaǃ Apalagi yang Umar mahu selepas apa yang diperkatakannya malam semalam? Dia masih juga merasakan beban dalam hatinya. Sakit. Tapi itu takkan dapat mengubah keputusannya kali ini. Umar selalu membuat keputusan yang berubah-ubah. Dan itu..menyakitkan hatinya. Kali ini dia tak akan memandang ke belakang lagi. Biarlah semuanya berlalu dengan tenang.

Friday, February 11, 2011

Cinta Maya - part11

Minggu seterusnya, Yana menerima SMS daripada Umar menyatakan akan datang ke Shah Alam. Hati Yana sedikit seronok namun dia langsung tidak menaruh harapan. Cukuplah sudah berkali dia dikecewakan oleh Umar. Kali ini dirinya pasrah dengan apa yang bakal terjadi.
- Yana, abg da smpai
+ Jap..
Yana kelam kabut menyiapkan dirinya. Tidak sangka Umar akan tiba dalam waktu yang agak cepat. Yana mencari-cari kereta Latio yang dipandu Umar.
“Sorry abang Yana lambat.”
Anehnya walaupun berkali hatinya menyatakan hubungan itu tidak akan berjaya, namun dia terus juga meneruskannya. Pertemuan pertama yang disangka mungkin yang terakhir kini membawa kepada beberapa pertemuan lagi. Mungkin bagi Yana, ini adalah kali pertama dia betul-betul bercouple dengan seseorang.
Kisah ini berterusan untuk 4 bulan lamanya hinggalah pada suatu hari..
- Hm..nmpk gy xdpt jmp la kta
SMS daripada Umar itu mengejutkan Yana. Kenapa Umar selalu tidak tetap dengan keputusannya. Mulanya, dia pun tak nak menyimpan harapan besar untuk pertemuan mereka di Port Dickson itu tapi tanpa sedar dia sebenarnya mengira hari untuk bertemu dengan Umar. Manakan tidak, sudah hampir 2 bulan lebih dia tidak menemui Umar.
+ knape?
SMSnya masih tidak dibalas setelah hampir 5 minit menunggu. Yana menghantar SMS seterusnya.
+ Yana x phm mksd abg. Knape kte x jd jmpe..?
SMS kedua juga tidak dibalas oleh Umar. Akhirnya, Yana cuba menghubungi Umar namun tidak diangkat. Mungkin kerana ketika itu Umar sedang bekerja. Tak apalah..
Malam itu, Umar membalas SMSnya.
- Abg hrp yana phm..tp kta mmg xkn jmp. Abg da xnk brikan hrpn pd spe2 dah
+ knape?
Lama dia menunggu. Dia sudah tak kisah akan akhirnya perhubungannya dengan Umar. Yana sudah penat bermain dengan perasaannya. Mungkin Umar bukan miliknya. Tapi dia tetap mahukan penjelasan daripada Umar.
- setia..
Pendek dan ringkas jawapan daripada Umar namun itu sudah cukup memberi penjelasan pada Yana. Kali ini, Umar memutuskan untuk setia pada Ika. Baiklah...kalau ini keputusan Umar, Yana akan berundur.
+ Ok yana phm..xpelah lps ni yana xkn gnggu abg da. Tq 4 evrythg. Kalau lps ni kte jmpe lg, yana hrp kte dpt jd kwn cm biase.. k tke cre.
Walaupun hakikatnya Yana berasa lega kerana tak lagi terperangkap dalam cinta tiga segi, namun dalam hatinya dia merasakan sesuatu yang perit. Bagaikan hatinya dirobek-robek. Yana tak mahu mengalah pada hatinya. Semua SMS Umar dideletenya satu persatu. Penat jemarinya menekan button delete pada handphonenya namun lebih sakit hatinya menatap setiap SMS itu. Dia cuba berpura-pura untuk melupakan segala kenangan manisnya bersama Umar.

Cinta Maya - part10

Yana merenung bintang di langit. Kenapa semua ini harus berlaku kepadanya? Terasa begitu kosong. Umar makin menjauh seperti mana jauhnya bintang yang selalu menemani bulan ketika ini. Bulan yang selalu terang kini tidak lagi sudi berkongsi cahaya dangan bintang yang setia menemaninya. Dia teringat lagi kejadian siang tadi.
Hari ini, tanggal 10 oktober 2010 dan juga merupakan dua hari selepas hari lahirnya yang ke-22. Sebelumnya Umar pernah memberitahu kemungkinan dia akan datang ke Shah Alam. Dia telah mengambil cuti pada hari itu. Yana hanya menanti kedatangan Umar. Dia berharap akan ada keajaiban kali ini. Rindunya kepada Umar sudah semakin menyesakkan dadanya. Dia teringat lagi sebelum ini Umar pernah memberitahunya yang dia mungkin tidak dapat datang.
Tepat pukul 3 petang, Yana masih menuggu. Sepatutnya, waktu ini Umar sudah bertolak dari Seremban. Dia cuba mengesahkan hakikat itu lalu satu SMS dihantar kepada Umar.
+ Umar jd dtg x?
- Yana, Umar x dpt dtg r. kwn Umar br je smpai. Kn bwk dya g jln2
Yana tersentak. Hatinya terasa bagai dirobek-robek. Mengapa begitu susah untuk menemui Umar. Kenapa Umar selalu melebihkan kawan-kawannya, keluarganya dan juga bisnesnya daripada dirinya. Ini bukan kali pertama hajatnya untuk menemui Umar tidak kesampaian. Berapa kali lagi harus dia merasakan semua ini? Sedangkan Ika mungkin tengah bahagia di samping Umar. Sudah acapkali dia menatap facebook Umar untuk melepaskan kerinduan, namun di facebook itu jugalah wajah Ika sering menghiasi. Hatinya sakit, remuk dan terasa seperti dihiris-hiris tapi apa dayanya? Dia hanyalah orang ketiga. Dan dia tidak berhak bersuara.
Yana memeluk tubuhnya. Udara malam itu dirasakan terlalu sejuk, namun belum cukup untuk menyejukkan hatinya yang tengah kacau. Dia merenung handphone di tangannya. Kosong. Langsung tiada tanda yang Umar cuba menghubunginya.
‘Adakah ini nasib aku yang cuba merampas kebahagiaan orang lain? Salahkah aku untuk mencintai..dan adakah aku berhak memilih siapa yang patut aku suka?’
Yana hanya mengeluh. Dia penat dengan keadaan itu. Malam itu dia tidur dengan hati yang terluka hingga tanpa sedar dia bermimpikan wajah Umar.

Cinta Maya - part9

Kali ini selepas hampir dua hari kami bersama, semuanya mula terasa kosong sekali lagi. Yana tidak ingin melukai hati sesiapa. Namun fikirannya buntu. Pelbagai persoalan bermain di fikirannya. Dia tidak ingin melepaskan Umar. Hatinya sudah cukup terluka sebelum ini. Kenapa dia yang harus terluka sekali lagi? Tetapi rasionalnya, dia yang perlu pergi daripada hidup Umar. Dia adalah orang ketiga di antara Umar dan Ika walaupun dia lebih dahulu mengenali Umar.
Walaupun fikirannya berulangkali mencegah daripada mengingati Umar tetapi hati Yana yang degil masih terlintaskan wajahnya. Senyuman Umar masih terbayang-bayang di matanya. Segala-galanya terasa begitu indah. Tapi, dia perlu sedar akan hakikat dunia walaupun dia tak mahu. Hati Yana memberontak. Jiwanya makin terasa sakit. Tapi, apa yang mampu dia lakukan lagi?
ʹI need him. So crazy. This love is so crazy. But, I have to lose him.. melainkan aku perlu mengecewakan sekeping hati yang tidak bersalah kerana cinta ini.ʹ

ku cuba ungkap takbir ini
kisah antara kau dan aku
terpisahkan oleh ruang dan waktu

lirik lagu Firman - Kehilangan cuba dihayati sedalam-dalamnya oleh Yana. Ini merupakan lagu kegemaran Umar..
Berkali-kali dia cuba untuk melupakan Umar, namun, setiap masa fikiran Yana selalu membayangkan masa depannya bersama Umar yang bahagia. Gila! Kenapa susah sangat untuk dia membuang Umar daripada mayanya? Umar hanyalah maya tetapi dia begitu indah. Sesekali terlintas dalam akal fikiran Yana tentang sejauh mana Umar memerlukannya dalam hidup realitinya.
ʹMungkinkah aku juga hanyalah maya pada pandangannya? Aku yang terlalu leka mencintainya sehingga terlupa akan anggapannya padaku.ʹ

Cinta Maya - part8

Yana menggenggam baju milik Umar yang dipakainya. Terasa seperti wangian Umar masih melekat padanya. Terasa singkat pertemuan mereka setelah 4 tahun perkenalan di dunia maya. Train ke KL Sentral itu memakan masa hampir sejam setengah membuatkan kepalanya terlentok beberapa kali. Kadang-kadang dia terjaga disebabkan oleh bunyi vibrate handphone miliknya.
Dalam tidurnya, terasa seperti Umar masih berada di sisinya. Memeluknya mesra. Gilaǃ Adakah ini yang dinamakan cinta? Ataupun itu hanyalah tarikan di antara seorang lelaki dan perempuan normal?
Ketika tiba di KL Sentral, jam sudah menunjuk ke angka Sembilan. Yana melangkah keluar dari KL Sentral menuju ke tempat menunggu bas Rapid KL. Tempat menunggu bas telah pun bertukar tempat, bukan lagi di hadapan monorail KL tapi berdekatan dengan bank Rakyat. Mujur Yana sempat bertanyakan hal itu kepada pegawal yang menjaga hentian monorail itu. Jika tidak, dia hanya mensia-siakan masanya untuk menunggu bas yang takkan muncul.
Yana tidak menunggu lama untuk menaiki bas Rapid U80. Akhbar Kosmo yang dibelinya di KL Sentral tadi diselaknya satu persatu. Tiada berita yang menarik perhatiannya. Setelah puas menatap helaian-helaian pada akhbar itu, akhirnya Yana melipatnya kembali. Dia merenung ke luar tingkap. Apakah rasionalnya tindakan dia kali ini? Dapatkah dia menghentikan perasaan yang tiba-tiba wujud tanpa sedar itu? Dia tahu Umar milik seseorang yang lain. Seseorang yang bernama Zulaikha. Gadis itu kelihatan baik namun Umar seakan-akan tidak pernah serius dengannya. Bagi Yana, dia langsung pada mulanya tidak berniat untuk menyukai Umar tapi layanan Umar terhadapnya membuatnya terasa janggal untuk menganggapnya sebagai seorang kawan biasa.

Cinta Maya - part7

Di Seremban Parade, Umar membawa Yana ke cinema untuk menonton wayang.
“Yana nak tengok cerita apa?” Umar memandang Yana namun masih tiada jawapan. Yana kelihatan masih ragu-ragu dengan cerita yang ingin ditontonnya.
“Entah..” Sepatah sahaja yang keluar daripada mulut Yana. Umar melihat kembali skrin di depannya.
“Kita tengok cerita ni la. Vampire Suck. Macam OK jugak.”
“Okay…”
Baru sahaja hendak sampai turn di kaunter tiket, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an tiba-tiba memotong garisan. Dia hanya tersenyum kepada Umar dan meminta kebenaran untuk membeli tiket dahulu. Umar hanya membenarkan. Hanya RM5 harga tiket wayang uncle tersebut. Umar memandang Yana sambil tersenyum.
“Kalaulah kita suruh uncle tadi tolong belikan tiket kita kan bagus. Jimat sikit..”
Yana hanya tersenyum.
Pintu bilik wayang dibukanya. Cerita belum bermula namun sudah ada yang sudah memenuhi kerusi di bilik wayang itu. Umar menuju ke couple seat yang terletak di belakang sekali. Kerusi itu agak selesa. Ketika cerita bermula, mereka asyik usik mengusik satu sama lain. Entah apa yang dapat ditontonnya, Yana pun tidak pasti. Selesai meonton wayang, Umar ingin menghantar Yana pulang ke Shah Alam tapi dihalang Yana. Dia ingin berbuka puasa bersama Umar dahulu sebelum pulang ke Shah Alam.
Mereka menuju ke bazar Ramadhan di sekitar bandar Seremban. Umar membeli dua bungkus nasi beriani dan sebiji karipap yang agak besar. Akhirnya, mereka berbuka puasa di dalam kereta dengan hanya memakan karipap. Itu pun tidak habis dimakan oleh mereka berdua. Umar memberhentikan keretanya di surau untuk menunaikan solat maghrib. Selesai solat, Umar menghantar Yana ke stesen KTM. Lama mereka berada di dalam kereta. Terasa berat kaki Yana untuk melangkah keluar daripada kereta Umar. Inilah kali pertama baginya benar-benar berseronok dengan seorang lelaki tanpa perlu menyembunyikan apa-apa. Mungkin tanpa disangkanya, dia mula menaruh perasaan kepada seorang lelaki bernama Umar.
Malam itu Yana tidak jadi pulang ke Shah Alam. Mereka menghabiskan masa bersama-sama sebelum Yana pulang keesokan subuhnya...