Sunday, April 10, 2011

Biarkan Aku Kembali Senyum - part10

Petang itu entah kenapa persoalan kahwin bermain-main di kepalanya berulang-ulang kali.
‘Sampai bila aku harus macam ni? Mak aku kat kampung pun asyik tanyakan hal yang sama. Tapi, aku nak kahwin dengan siapa? Dengan Datuk Sabri? Oh, no please… Itu kerja gilaǃ Family aku pun takkan setuju. Cukuplah sekadar dia jadi ‘abang’ aku.’
Akhirnya, Maya membuka laptop kesayangannya. Sudah lama dia bersama dengan laptop itu. Laptop itu bagaikan sahabat karibnya di dunia ini. Segala rahsia hatinya dicurahkan pada laptop itu. Laman facebook dilayarinya. Ada seorang lagi lelaki ingin berkenalan dengannya. Sejak ketiadaan Amar, dia sering sahaja melayari laman facebook itu untuk menemui kenalan baru. Sangkanya dengan berbuat begitu, dia akan dapat menemui seorang lelaki yang ikhlas untuk bersamanya.
Safwan. Itulah nama lelaki kali ini. Sebelum ini dia pernah menemui pelbagai jenis lelaki tapi kebanyakannya hanya memandang pada wajah dan tubuh badannya sahaja dan bukannya ikhlas cuba mengenali isi hatinya. Lelaki……semuanya sama sahajaǃ Maya sudah penat menemui lelaki yang seperti itu namun entah kenapa dia tidak pernah berhenti mencari seorang lelaki yang ikhlas terhadap dirinya. Baru sahaja dia menerima friend request daripada Safwan, tiba-tiba Safwan mula mengajaknya chatting.
- nice profile pic..
+ tq..nway Mr. Safwan, how’d u get my fb profile?
- from a fren, hana..
Maya terus membuka profile Safwan. Di situ keluarlah mutual friend mereka, Hana Qistina.
‘Oh, Hana rupanya. My close friend in UiTM...lama tak dengar khabar tentangnya.’
+ owh dat hana..how’d u know her?
- from friend of friend..
+ so what r u doin now safwan?
- I’m runnin out legal consultation company wit a fren..so how bout yours?
+ nothing much..partime modeling n engineer to be
- wow..a rare combination..how cn a pretty girl like u bcome an engineer?
+ juz practice wat I learn ^_^..
- so where r u livin now?
+ in Shah Alam..how bout yours?
- same.. =)
+ hahaa..what a coincidence..
- mybe it means dat we’re meant to be met.. =)
+ then u should buy me a drink k? ^_^
- no problem pretty..
- erm, nway may I get ur phone number?
+ 017-6567656..celcom ^_^
- celcom?
+ yup..it’s been switched up..
- ok then..

Biarkan Aku Kembali Senyum - part9

Maya tersenyum melihat foto-foto ditangannya. Foto-foto itu agak menarik. Dia agak fotogenik. Tidak disangkanya pilihannya untuk menceburi bidang modeling adalah pilihan yang tepat.
“Hi, honey.. how are you doing?”
Maya menoleh ke belakang. Datuk Sabri sedang tersenyum memandangnya. Maya tersenyum. Walaupun sudah menjangkau umur 40-an, Datuk Sabri masih segak bergaya.
“Fine. Bila you sampai?”
“Baru je tadi. I nak ajak you keluar lunch dengan I. Jom la..”
“You tunggu sekejap ya. I nak beritahu pengurus I.”
“Okay..take your time honey.”
Tengahari itu mereka menuju ke Old town kopitiam. Maya suka lepak makan di situ kerana suasananya lebih tenang di situ.
“Maya…Maya…..”
“Erm, kenapa?”
Datuk Sabri cuma menggelengkan kepalanya. Maya langsung tidak berupaya menerka apa yang bermain di fikirannya ketika ini. Sudah lama dia menunggu Maya. Sudah hampir 5 tahun lamanya. Adakah Maya tidak sedar akan hakikat ini?
“Erm, Maya..bila you nak kahwin dengan I? Dah lama I tunggu ni..”
Maya tersenyum. Dia tiada jawapan terhadap persoalan yang diajukan oleh Datuk Sabri sebelum ini. Sudah berulangkali soalan ini diajukan kepadanya. Dia tak tahu sampai bila Datuk Sabri akan mengulanginya tapi yang pasti dia tidak sedia untuk semua itu. Dia tak tahu apa yang ada padanya sehinggakan Datuk Sabri tak pernah berhenti memujuknya untuk menjadi isteri ketiganya. Mungkin Datuk Sabri menerima dirinya yang seadanya tapi hatinya sudah hancur sejak Amar mempermainkan perasaannya. Walaupun dirinya sudah tidak suci lagi, yang pasti dia juga takkan sanggup untuk menjadi isteri ketiga Datuk Sabri.
“Entah, I tak tahu. I tak fikir pun lagi pasal kahwin.”

Biarkan Aku Kembali Senyum - part8

Maya cuba menekadkan hatinya kali ini. Tiada lagi tangisan akan keluar daripada kelopak matanya. Juga tidak lagi dia akan berjaga satu malam kerana tidak dapat melelapkan mata mengenangkan Amar. Dia cuba bernafas sebagai seorang yang baru kali ini namun matanya masih setia menjeling handphonenya. Dalam hatinya dia masih berharap akan ada SMS daripada Amar untuknya.
‘Argh, kenapa aku masih merinduinya..?’
Kenapa dia harus merasakan rindu ini. Adakah Amar juga merasakan benda yang sama padanya? Dia percaya jika seseorang itu ikhlas mengingati seseorang, maka orang itu juga akan mengingatinya. Itu kepercayaannya dan juga Amar.
Entah kenapa dia seakan masih dapat menghidu bau Dunhill Desire Blue Amar daripada jauh. Merasakan pelukannya yang hangat dan melihat senyuman yang selalu menghiasi bibir Amar. Amar jarang sekali keluar bersamanya tanpa memakai cap. Dia selalu berpura-pura merajuk pada Maya untuk meminta sesuatu. Teringat bila Maya tersandar pada bahu Amar ketika berkaraoke bersama, Amar selalu menyakatnya. Maya suka menyuap Amar popcorn ketika mereka sama-sama menonton wayang cerita romantik. Adakah Amar tak pernah menghargai detik-detik mereka bersama?
‘Argh, aku tak boleh mengingati semua ini. Aku harus cuba melupakan dia. Aku takkan kalah lagi pada sekeping hati. Aku takkan tunduk lagi pada rasa yang hampir membunuhku. Aku takkan berpaling lagi ke belakang. Selamat tinggal Amar. Apa yang berlaku antara kita akan aku cuba lupakan selama-lamanya. Selepas ini, aku takkan biarkan air mata aku mengalir kerana seorang lelaki.’
Maya tersenyum. Satu kenangan yang tak mampu dilupakan tapi Amar juga bukanlah seorang yang baik. Dia begitu prejudis. Kerana kesilapan yang lalu, Amar seronok mempermainkan perasaannya. Apakah salahnya jika dia sudah tidak suci? Dia sudah berusaha untuk berubah, Hina sangatkah dia? Memang dia pernah melakukan perbuatan yang hina tapi kerana terlanjur menyayangi seorang lelaki melebihi dirinya. Dia sudah kehilangan maruah untuk sekali. Tapi dia sudah merasakan akibatnya. Dia hampir mati kerana tak dapat menerima hakikat itu. Wujudnya dia sekarang ini hanya kerana cintanya pada family. Dia cuba solat. Dia cuba membina impian untuk menemui lelaki yang benar-benar dapat membimbingnya. Sangkanya Amar begitu. Tetapi ternyata dia silap. Amar bukan sekadar lelaki yang silap tapi juga cuba mengambil kesempatan padanya lagi. Mungkin lelaki yang benar-benar dapat membimbingnya itu tak wujud dalam dunia ini.
Maya langsung tidak menyangka kerasnya perasaan Amar. Sama seperti lelaki yang sebelumnya, hati Amar cukup kejam sekali. Namun, bukan setakat kejam tapi juga berhati batu. Doa orang yang teraniaya akan selalunya diberkati. Dia memohon supaya Amar menerima pembalasan dalam hidupnya. Apa berhakkah Maya menerima pembalasan kerana dosanya dulu. Sedangkan waktu itu, dia bukan seronok melakukannya, tapi hidupnya seperti dalam penjara. Tiada teman tempat mengadu hingga dia tersasar. Kenapa Amar menghukumnya begitu? Adakah kerana dia seorang perempuan yang tidak mampu membuat pilihan? Amar pernah mengatakan penzina hanya untuk penzina tetapi kalau benar begitu apa yang sudah tertulis dalam hukum, mengapa Amar boleh bersama Fatin? Adakah Amar sedar yang dia juga adalah seorang penzina?