Sunday, April 10, 2011

Biarkan Aku Kembali Senyum - part9

Maya tersenyum melihat foto-foto ditangannya. Foto-foto itu agak menarik. Dia agak fotogenik. Tidak disangkanya pilihannya untuk menceburi bidang modeling adalah pilihan yang tepat.
“Hi, honey.. how are you doing?”
Maya menoleh ke belakang. Datuk Sabri sedang tersenyum memandangnya. Maya tersenyum. Walaupun sudah menjangkau umur 40-an, Datuk Sabri masih segak bergaya.
“Fine. Bila you sampai?”
“Baru je tadi. I nak ajak you keluar lunch dengan I. Jom la..”
“You tunggu sekejap ya. I nak beritahu pengurus I.”
“Okay..take your time honey.”
Tengahari itu mereka menuju ke Old town kopitiam. Maya suka lepak makan di situ kerana suasananya lebih tenang di situ.
“Maya…Maya…..”
“Erm, kenapa?”
Datuk Sabri cuma menggelengkan kepalanya. Maya langsung tidak berupaya menerka apa yang bermain di fikirannya ketika ini. Sudah lama dia menunggu Maya. Sudah hampir 5 tahun lamanya. Adakah Maya tidak sedar akan hakikat ini?
“Erm, Maya..bila you nak kahwin dengan I? Dah lama I tunggu ni..”
Maya tersenyum. Dia tiada jawapan terhadap persoalan yang diajukan oleh Datuk Sabri sebelum ini. Sudah berulangkali soalan ini diajukan kepadanya. Dia tak tahu sampai bila Datuk Sabri akan mengulanginya tapi yang pasti dia tidak sedia untuk semua itu. Dia tak tahu apa yang ada padanya sehinggakan Datuk Sabri tak pernah berhenti memujuknya untuk menjadi isteri ketiganya. Mungkin Datuk Sabri menerima dirinya yang seadanya tapi hatinya sudah hancur sejak Amar mempermainkan perasaannya. Walaupun dirinya sudah tidak suci lagi, yang pasti dia juga takkan sanggup untuk menjadi isteri ketiga Datuk Sabri.
“Entah, I tak tahu. I tak fikir pun lagi pasal kahwin.”

No comments:

Post a Comment