Thursday, September 30, 2010

Cinta Maya - part3 sambungan III

Sebelum membawa Yana pulang ke hotel, Umar sekali lagi menunjukkan kawasan rumahnya dengan lebih detail.
“Abang, opps! Abang lak..hehe” Entah itu kali ke berapa Yana tersasul untuk memanggil Umar dengan panggilan ‘Abang’.
“Erm..Umar, Yana first time ni datang Seremban. Tak sangka first time Yana datang sini macam ni. Sehelai sepinggang pula tu. Huhu..” Yana tersengih.
“Yana la degil sangat nak datang sini. Erm, seronok datang Seremban?” Mulut Umar tersenyum. Lagaknya seperti seorang tourist guard.
“Akhirnya..sampai juga Yana kat Seremban. Dan tercapai juga hasrat untuk berjumpa Umar” Yana tersenyum sebelum menyambung ayatnya.
“Umar exists rupanya..”
Umar tesenyum. Anehnya, perkenalan selama lebih 4 tahun di dunia maya akhirnya berakhir dengan pertemuan ini. Yana tak lagi menjadi maya padanya. Tetapi Yana benar-benar wujud dalam realiti.
Dan malam itu, Umar membawa Yana menjelajahi sekitar bandar Seremban. Seluruh Seremban dipusingnya.

Friday, September 24, 2010

Cinta Maya - part3 sambungan II

“Dah lama sampai?” Yana bersuara cuba memecahkan rasa kekoknya pada Umar.
“Tak adalah. Baru je..”
Umar tersenyum lagi. Murah sungguh senyuman pada wajahnya.
Umar membawa Yana bersahur di sebuah restoran melayu. Namun, kedua-duanya seakan tidak berselera untuk makan. Baru sahaja selesai menyuap beberapa suap nasi ke dalam mulutnya, Umar mula berhenti makan. Dia mengeluarkan sekotak Winston daripada poketnya.
“Umar, tolonglah jangan hisap rokok. Please....”
Umar hanya tersengih. Tiada tanda-tanda untuk dia menghentikan perbuatannya itu.
“Yana, Umar dah lama hisap rokok. Sejak daripada tadika lagi...”
“Hurm..?” Yana mengerutkan keningnya.
“Masa tu, seorang kawan Umar jumpa sekotak rokok. Lepas tu, kitorang hisap ramai-ramai. Budak tadika kan..pe yang dia tahu? And then abang Umar dapat tahu, teruk Umar kena marah..”
Umar masih dengan senyumannya. Entah apa yang kelakar sangat bila mengenangkan zaman kanak-kanaknya itu. Yana kurang senang dengan semua itu. Dia sama sahaja seperti Ayah Yana yang selalu memberi alasan bila disuruh berhenti mengambil rokok.
“Umar, please jangan merokok untuk kali ni..? Bukan senang Yana nak datang sini. Tolonglah jangan hisap rokok...demi Yana?”
Namun, akhirnya Umar masih dengan pendiriannya. Yana bengang. Dia mencapai sebatang rokok daripada kotak rokok Umar dan menyalakannya.
“Umar ingat Umar seorang je yang boleh hisap rokok?”
Umar terpegun dengan tindakan Yana itu. Terlihat riak bersalah pada wajahnya.
“Yana..”
Tangan Umar cuba menggapai kembali rokok di tangan Yana namun tidak berjaya. Akhirnya, Umar mengalah.
“Ok, ni last Yana hisap rokok. Umar tak nak bagi dah..”
“Macam la Yana tak boleh pergi beli kat kedai. Sekotak lagi tu…” Yana buat muka seposen. Padan muka Umar! Siapa suruh spoilkan moodnya tadi.
Habis sahaja sebatang rokok dihisap oleh Yana, dia mula berasa sedikit pening tapi cuba dicontrolnya. Dia cuba menghabiskan bihun tomyam di depannya namun terasa seperti sukar. Seleranya mati. Umar di sebelahnya juga gagal untuk menghabiskan nasinya. Sambil menyuap bihun itu ke mulutnya, Yana mengambil sesuap bihun dan dihalakan kepada Umar. Umar tergamam. Mukanya sedikit merah. Hati Yana sedikit terhibur. Mulut Yana tersenyum. Geli hatinya melihat telatah Umar. Namun akhirnya Umar menerima suapan bihun daripada Yana.
“Tak sangka Umar yang suka menyakat ni pemalu orangnya! Hahaha..”
“Eleh Yana pun sama juga kan? Kalau Umar suap pun mesti malu juga.” Serentak dengan itu, tangan Umar mula menyediakan sesuap nasi untuk disuakan kepada Yana.
“Tak pun. Cepatlah suap! Aaa....” Yana mengangakan mulutnya.
Umar cuba menyuapnya namun suapannya kali pertama tidak berapa baik. Kemudian acara suap-menyuap bermula. Setelah tidak berjaya menhabiskan kesemua makanan itu, akhirnya Umar ke kaunter untuk membayar harga makanan yang dipesan. Yana sudah sedia menunggu di kereta.

Wednesday, September 22, 2010

Cinta Maya - part3 sambungan I

Bilik bernombor 2-2. Yana tersenyum. Pandai Umar pilih nombor bilik, bukankah nombor itu sama dengan umur mereka berdua? Pintu bilik dibuka. Gelap. Yana cuba mencari suis lampu dan menekannya namun masih tidak bernyala. Akhirnya, dia tersedar yang suis itu perlu dibuka dengan memasukkan kunci bilik ke dalam tempat yang disediakan.
‘Hahaha…kolotnya aku!’
Yana tersengih sendirian. Nasib baik Umar tak nampak kekolotannya itu. Hahaha… Tiba-tiba handphonenya vibrate.
- da msk bilik gtau k. rhtla dlu sian yana
+ dh msk.. thanx ^_^
Yana meletakkan beg galasnya di atas katil. Terlihat olehnya sepasang kain pelikat dan baju patient colour purple. Umar, Umar... Dia menggeleng sambil tersenyum.
Baju yang dipakainya ditanggal. Baru saja hendak melangkah ke bilik mandi, terlintas idea nakal dalam fikirannya. Tuala yang ada di badannya digantikan dengan baju patient colour purple itu.
Pelbagai gaya dicubanya dan handphone di tangannya mula berfungsi sebagai kamera. Smile and klik!
Salah satu gambar itu diMMSkan ke Umar.
+ Abg, Yana brjy jdkn bju patient sbg fashion
Baru saja hendak melangkah ke bilik mandi, langkahnya terhenti. Handphonenya vibrate. Mungkin Umar yang menjawabnya.
- Abg pn brjy jdkn bntal patient sbg bntal tdur abg
Satu MMS juga diterima daripada Umar. Gambarnya sedang berbaring di atas katil patient. Yana hanya tersenyum.
Pintu bilik mandi dibuka. Bilik itu sudah pun basah. Mungkin kerana Umar telah merasmikannya dahulu. Hahaa..kelakar la Umar ni!
Selepas puas membersihkan dirinya, Yana mula mengenakan baju patient yang digayakannya tadi. Dia membaringkan dirinya di atas tilam. Terasa kepenatannya seakan beransur hilang. Handphonenya dicapai.
+ Abg kul 2 ti kejut ek
Entah bila dia terlena, Yana langsung tidak sedar. Terasa penat sangat dirinya ketika itu. Namun, niatnya untuk bangun pada pukul 2 masih tersemat di hatinya. Dalam pukul 2 itu, dia betul-betul tersedar. Walaupun dalam hatinya ketika itu terasa ingin menyambung tidurnya kembali, dia membatalkan niatnya kerana sudah berjanji dengan Umar. Seketika kemudian, handphonenya vibrate.
- Yana bgn. Dah kul 2
+ daa..
- Yana siaplah dlu..jap agy abg dtg ambil
+ okeay..
Yana bangkit daripada tilam. Dia ke bilik mandi untuk mencuci muka dan mula menyiapkan diri untuk keluar. Beberapa minit kemudian, handphonenya vibrate.
- abg da smpai.
Serentak dengan itu, Yana terus melangkah keluar daripada bilik. Keluar daripada pintu masuk hotel, dia nampak Umar sedang tersenyum menunggunya.

Tuesday, September 21, 2010

Cinta Maya - part3

Segalanya bermula agak baik antara mereka berdua. Umar membawa Yana berjalan-jalan di sekitar Seremban sambil menunjukkan tempat letak rumahnya dan juga hospital tempatnya bekerja. Selepas itu, mereka singgah di A&W untuk membeli float. Namun ketika melangkah ke pintu masuk di A&W, langkah mereka terhenti.
“Wah, ramainya…!”
Tak jadi melangkah ke dalam A&W, mereka berpatah balik ke Latio milik Umar. Umar singgah di kaunter tempat drive thru. Dia hanya berpura-pura untuk memberi order. Yana hanya tergelak memerhatikan kelakuan Umar yang ke tempat drive thru tanpa mengdrive keretanya.
“Umar, dah la tu..hahaa…”
Umar kemudian berpaling sambil tersenyum. Dia membatalkan niatnya untuk singgah lama di kaunter drive thru itu. Senyuman yang menawan. Dengan pandangan tajamnya itu, Yana cuba mengcontrol diri daripada bermain pandang dengannya. Hatinya sedikit bergetar tetapi berjaya dikawal. Yana tersenyum sama cuba mengawal getarnya daripada kelihatan di mata Umar.
Daripada A&W, Umar terus menghantar Yana ke hotel.
“Umar dah letak baju and kain pelikat dalam bilik. Baju paling sexy..” Serentak itu senyuman nakal mula terbit pada wajah Umar.
Yana tersenyum. Dia cuba mengcover wajahnya daripada kemerahan. Pintu bilik yang dihulur oleh Umar itu disambut.
“Yana naik dulu…”
Umar memandang Yana. Pandangannya cukup mengetarkan jiwa. Dia tersenyum. Yana terpaksa mencuri pandang ke arah Umar kerana tak tahan dengan pandangan itu. Sekali-sekala pandangannya dialihkan ke depan untuk mengawal gejolak hatinya.
“Nanti pukul 2 Umar datang ambil. Yana nak keluar sahur kan? Opps...Yana mana boleh puasa! Hahaha..” Umar ketawa. Yana mula buat muka.
“Lapar…huhu tadi makan roti jek. Kalau tak boleh puasa pun, bukannya Yana boleh makan…”
Yana buat-buat muka meminta simpati.
“Ok..ok..pukul 2 nanti Umar datang ambil tau..”
“Ok..!”

Monday, September 20, 2010

Cinta Maya - part2 sambungan II

Berada selama sejam setengah di dalam train cukup memenatkan tetapi Yana tidak berupaya untuk melelapkan mata untuk seketika. Hatinya berdebar-debar. Di fikirannya timbul pelbagai persoalan.
‘Bagaimana agaknya pertemuan yang tiba-tiba ini akan berlaku? Bolehkah aku berlagak selamba? Apa agaknya nanti pandangan Umar terhadap aku?’
Hampir dua stesen lagi untuk tiba di Seremban, Yana mula menaip SMS untuk memberitahu Umar yang train yang dinaikinya hampir tiba.
+ abg, lg 2 stesen sblm smpai ke srmban
- jap abg g cek free ke x..adoi rmai plak org kt emrgncy cm byk lg nk kn xray
Dalam masa 5 minit kemudian, Yana telah pun tiba di Seremban, yang merupakan perhentian terakhir. Guard yang mengawal stesen KTM langsung tidak kelihatan di situ. Mungkin kerana jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam ketika itu. Yana membuat keputusan untuk menyimpan tiket KTMnya sebagai kenangan.
Nombor telefon Umar didail. Terasa agak sunyi berada di situ kerana orang ramai tidak banyak menunggu di stesen itu. Hanya terdapat seorang penjual gerai dan seorang dua penumpang yang sedang menunggu kenalan datang mengambil mereka. Juga terdapat dua buah teksi sedang menunggu penumpang di situ.
Setelah beberapa kali cuba mendail namun masih tiada jawapan, akhirnya, Yana menghantar SMS kepada Umar.
+ abg, yana da sampai kt srmban
- yana, jap ea da org xcident plak
+ lm lg ke?
- jap abg nmpk doctor ngah tlis form xray..adoi jap taw.
+ ok..
Setelah 2 minit berlalu, handphonenya tiba-tiba vibrate.
- abg on de way..
Beberapa minit kemudian, handphonenya berdering.
“Yana cari kereta Latio colour putih. Abg parking kat tepi jalan.”
“Ok..”
‘Alamak, kereta Latio macam mana ek? Ingat-ingat lupa pulak..huhuu.. Tawakal jelah. Jangan nampak sangat aku buta pasal kereta tempatan.’
Dengan tawakalnya, Yana sekali lagi bernasib baik hanya kerana dia mengecam rupa Umar di dalam kereta. Nasib baik tidak tersalah kereta. Hehe..
Kali pertama menemui Umar, hati Yana terasa bergetar. Apatah lagi teringatkan yang dia memanggilnya ‘abang’ sewaktu bercakap di telefon. Namun Yana berpura-pura berlagak selamba. Pintu kereta sebelah penumpang dibuka.
“Assalamualaikum..”
Umar yang berada di seat pemandu menoleh sekilas sambil tersenyum. Nampak seperti gugup tetapi cuba dicover. Mungkin juga mengalami perasaan seperti Yana. Terasa agak janggal ketika pertama kali bertemu di realiti.

Cinta Maya - part2 sambungan I

Semua pintu masuk ke Sunway Pyramid diterokainya namun Yana masih buntu untuk mencari jalan asal dia masuk ke bangunan itu.
‘Gila..takkanlah Sunway pun aku sesat? Hish..macam ni? Kalau lambat, takut tak sempat nak naik train ke seremban. Nanti aku nak duduk mana? Dahlah keluar sorang-sorang je ni. Huhuu..’
Button huruf di telefonnya ditekan-tekan. SMS dihantar lagi kepada Umar.
+ abg, yana sesat kt Sunway. Huhu…
- ya Allah sesat mana plak
+ ntah, da lm x dtg sunway..x ingt
- owh abg pn x pnh g situ
+ hurm, xpela abg. Yana try cri jap
- yana nih..
Sudah beberapa kali mencuba pintu keluar daripada Sunway Pyramid, namun Yana masih gagal mengecam arah ke bus stop. Akhirnya, dia teringat tempat kerja part timenya, Sunway Hotel yang bersebelahan dengan Sunway Pyramid.
‘Aku tak boleh buang masa lagi. Daripada terkandas di sini, lebih baik aku mengikuti jalan keluar daripada Sunway Hotel.’
Yana mula menjalankan ideanya itu. Keluar sahaja daripada bangunan Sunway Pyramid itu, dia mengambil arah daripada Sunway Hotel ke jalan besar. Kali ini, helahnya berjaya. Tidak lama kemudian, dia mula mengesan tempat menunggu bas. Setelah melalui jejantas, Yana akhirnya tiba di seberang jalan. Ketika itu, terdapat sebuah bas Rapid sedang menunggu penumpang. Tertera KL Sentral pada tempat persinggahannya. Yana belum pernah menaiki bas itu tapi dia memberanikan dirinya untuk bertanya kepada pemandu bas Rapid itu.
“Encik, bas ni menuju ke KL Sentral ke?”
“Ya, tambangnya RM1.50...”
Terasa lega ketika menaiki bas itu kerana destinasinya hampir tiba. Namun, hati Yana berdetik di mana harus dia turun untuk ke KL Sentral? Bas Rapid selalu menukar arah laluannya. Tambahan lagi, ini merupakan kali pertama dia menaiki bas dari Sunway. Dia tidak berapa pasti laluan bas tersebut. Namun, nasibnya baik. Bas itu berhenti betul-betul di KL Sentral. Tanpa membuang masa, Yana terus membeli tiket KTM ke Seremban. Jam ketika itu menunjukkan hampir ke pukul 9 malam. 15 minit kemudian, train ke Seremban tiba.

Cinta Maya - part2

Hari ini, 28 Ogos 2010...merupakan kali pertama Yana bekerja part time di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Terasa begitu bosan untuk kali pertama menyediakan buffet. Petang itu, setelah menghabiskan kerjanya di KLCC, Yana bercadang untuk berbuka puasa bersama kakak keduanya, Angah.
+ angah, ptg ni aq nk bke pose ngan ko..
Seminit berlalu tanpa jawapan. Kemudian, Yana merasakan handphonenya vibrate.
- aku dlm bus nk blk kg. along pn da blk smlm.
- k xpela..
‘What? Kakak-kakakku dah balik kampung? Tak beritahu aku awal-awal. Dah la sekarang ni tengah cuti kt UiTM. Ish..geramnya...’
And then Yana tiba-tiba teringatkan majlis reunion berbuka puasa sekolahnya yang diadakan kat Sunway.
+ Salam, kinah. Ni aq yana. Bke pose tu ley join lg x?
- Boleh2..bt kt sunway pyramid kul5 kmpul.
+ ok..tp aq de mslh sket la. Aq xde transport nk g sn and aq blik keja dr klcc pn lam kul5.
- xdehal la..ti dr kl sentral, ko naek ktm trn kt subang. Ti ak amek mg kt sn.
+ ok, beres...
Tepat pukul 5 petang setelah selesai mengambil payment untuk kerja yang dilakukan hari itu, Yana terus bergegas mencari jalan untuk ke stesen LRT. Sudah agak lama baginya untuk tidak menjejakkan kaki di KLCC. Dia tidak pasti jalan ke sana. Dengan berbekalkan gerak hati, dia melangkah kakinya keluar ke taman KLCC.
Alhamdulillah, nasibnya baik. Dia berjaya menemui Suria KLCC tetapi dia mula kehilangan arah untuk mencari stesen LRT. Bangunan Suria KLCC ketika itu penuh sesak dengan orang ramai yang sedang bershopping raya. Sekali lagi, berpandukan gerak hatinya mengikut logik yang ditunjukkan oleh papan tanda di dalam Suria KLCC, dia berjaya mencari stesen LRT.
Sampai sahaja di stesen KL Sentral, Yana terus membeli tiket ke Subang. Train yang menghala ke Subang sedikit terlewat daripada yang dijanjikan. Ketika itu, handphonenya tiba-tiba berdering.
“Hello..Yana. Kau kat mana sekarang? Aku on the way nak pergi Subang ambil seorang lagi member aku kat sana..”
“Aku terkandas kat KL Sentral. Train lambat.” Yana sedikit mengeluh.
“Macam ni la Yana. Nanti aku kena ambil seorang lagi kawan aku kat Petaling. Kau pergi Sunway sendiri dari Subang boleh?”
“Aku tak tahu macam mana nak pergi Sunway daripada Subang..”
“Kau naik bas mini dekat stesen KTM tu.”
“Okay..”
Akhirnya, train yang dijanjikan tiba. Kira-kira pukul 6, Yana tiba di stesen Subang. Bas mini agak banyak di situ jadi Yana tidak berasa sukar untuk pergi ke Sunway. 10 minit perjalanan, Yana akhirnya tiba di Sunway. Ketika sampai di Sunway, umat muslimin sedang bersedia untuk berbuka puasa. Yana mencari-cari restoran yang dinyatakan tetapi tidak berjaya menemuinya. Mesej daripada Kinah dibacanya berkali-kali tetapi tetap gagal untuk menemuinya. Akhirnya, Yana give up. Lagipun, hari itu dia tidak boleh berpuasa. Bukan penting sangat untuk berbuka tepat pada waktunya.
Setelah penat berjalan di sekitar Sunway Pyramid, Yana singgah di sebuah kedai roti untuk membeli sedikit makanan dan minuman. Azan telah berkumandang ketika Yana tengah beratur membayar harga makanannya. Lelaki yang beratur di belakangnya sempat mengunyah sedikit roti yang diambilnya sebagai syarat untuk berbuka puasa. Yana hanya tersenyum. Roti di tangannya dimakan sambil berjalan-jalan mencari bangku untuk duduk. Namun, semua bangku yang ada telah pun penuh. Akhirnya, Yana menghabiskan roti yang dimakannya sambil berjalan. Handphone di poketnya tiba-tiba vibrate. Nama Umar tertera di situ.
- bke pose dgn ape arini?
+ roti jek..huhuhu..
- roti jek? Ala ciannye.
+ abg, yana tak taw la nk g mn ni..skt ati dgn akak2 yana. Blk kg x gtaw. Huhu..
- sbr k yana..
+ yana nk g srmban ley x?
- nk dtg srmban btpe?
+ saje..xleh ke? Yana xtaw nk g mn da ni. Ngah serabut
- nk dtg, dtg r tp abg tgh keja ni
+ ok, thanks..
- t abg crikan hotel tuk yana
Yana mula tersenyum kembali. Segala kekusutannya hilang sekelip mata.
‘Yes, aku pergi Seremban!’

Saturday, September 18, 2010

Cinta Maya - part1

Matanya dipejam rapat. Namun, kenapa tak lena-lena? Bayangan Umar menari-nari di depan matanya satu persatu.
‘Gila! Sejak bila aku boleh memikirkan tentang lelaki itu? Bagaimana seorang lelaki yang hanya aku kenali daripada maya dapat berada dalam ruang hidupku? Adakah kerana aku juga hidup dalam dunia maya?’
Kali ini Yana tidak tahu apa yang bakal terjadi. Buat pertama kalinya dia boleh meluahkan semuanya pada seorang lelaki asing. Seronok berborak dengannya. Hanya mendengar beberapa bait perkataan lelaki itu sudah cukup untuk menenangkan gejolak di dalam hatinya.
‘Siapakah dia? Kenapa kami perlu bertemu begini. Ya Allah, andai dialah jodohku, ketemukanlah aku dengannya. Jika tidak, lebih baik aku menemuinya ketika perasaan ini sudah hilang.’
‘Argh..Aku tak patut berasa begini! Mana mungkin menyukai seseorang yang tidak pernah aku ketemu. Dia hanyalah sebuah mimpi. Dia hanyalah maya! Mungkin ini sekadar permainan perasaan sahaja. sesungguhnya tiada apa antara kami. Tak payahlah untuk aku memulakan sesuatu yang aku tahu akan berakhir dengan kekecewaan.’
Dia benci perasaan ini. Perasaannya akan gundah jika sehari tak bercakap dengan Umar. Kenapa? Umar mungkin hanya menganggapnya tak lebih daripada seorang adik.
Hari makin hari Yana hanya merasakan kehilangan kekuatan untuk hidup. Dia benar-benar bimbang yang sejarah akan berulang. Kenapa dia perlu merasakan kesakitan setiap kali menyukai seseorang?
‘Ya Allah, sedarkan aku…sedarkan aku daripada alam maya ini.. Aku tak boleh hidup begini. Dia yang memberi sinar kehidupan maya aku perlu pergi jauh daripada hidupku. Walaupun aku senang dengannya, tapi, aku tak ingin terluka. Maafkan aku. Aku tak boleh hidup begini lagi, Aku perlu sedar akan realiti.’
Yana sudah buat keputusan. Esok dia kena bertegas dengan perasaannya. Mungkin memadai baginya untuk menganggap Umar hanya sebagai satu ilusi. Dia tak wujud dan takkan pernah wujud. Dia perlu menghalang segalanya sebelum ia terlambat. Sejarah lalu tak perlu berulang sekali lagi. Semuanya sudah berakhir.