Sunday, May 1, 2011

Biarkan Aku Kembali Senyum - part10 bhgn2

Tak lama selepas itu, Safwan sudah offline. Maya pun sudah penat melayari laman Facebook. Sudah seharian dia menjalani sesi photo shoot sebentar tadi. Dia agak mengantuk.

On the first page of our story
the future seems so bright
then this thing turned out so evil
I don’t know why I’m still surprised
even angels have their wicked scemes
and you take that to new extremes
but you’ll always be my hero
even though you’ve lost your mind

Deringan ringtone daripada handphonenya mengejutkan Maya. Entah bila dia tertidur pun dia tidak pasti. Dia mencapai handphone Sony miliknya. Sudah dua tahun dia memakai telefon itu, dia langsung tidak berniat untuk menukarnya dengan yang baru. Berkali-kali Datuk Sabri mahu membelikannya handphone baru tetapi ditolaknya. Bukannya dia tidak berkemampuan tetapi dia masih sayang dengan handphone itu. Terlalu banyak kenangannya. Handphone itu merupakan hadiah terakhir daripada arwah datuknya sempena result semesternya yang cemerlang. Tapi itu 2 tahun yang dulu. Selepas kehilangan arwah datuknya, dia semakin tersasar daripada tujuan asalnya untuk membantu kedua ibu bapanya. Maya merenung handphonenya. Terdapat dua miscalls daripada nombor yang tidak dikenali.
- Salam…ni Maya?
+ Yup..sape ni?
- Safwan..
+ Safwan?
Maya cuba mengingat kembali. Serasanya nama Safwan itu pernah didengarnya sebelum ini.
- Safwan Yusoff..kt fcbook…
Maya menghidupkan laptopnya daripada Sleep Mode. Di laman Facebook, dia meng’search’ profile Safwan Yusoff.
‘Owh, Safwan petang tadi ke…’
Maya tersenyum.
+ Owh, sory..lupe td. Dat safwan rupenya..
- Skrg da ingt sape i?
+ =)
- U kt s.alam kn skrg? Area mn ek…? I ingt nk ajk u dinner ngan i…sudi x?
+ Bila..?
- Kejap lagi..dlm kul8.
Yana melihat jam di sisinya. Sudah pukul 7.15 petang. Malam ini dia tiada apa-apa komitmen untuk dilaksanakan. Juga tiada temujanji dengan sesiapa.
+ Ok, ti i msj u almt umh i.
Selesai meng’SMS’kan alamat rumahnya kepada Safwan, Yana terus bersiap untuk mandi dan solat Maghrib.

Sunday, April 10, 2011

Biarkan Aku Kembali Senyum - part10

Petang itu entah kenapa persoalan kahwin bermain-main di kepalanya berulang-ulang kali.
‘Sampai bila aku harus macam ni? Mak aku kat kampung pun asyik tanyakan hal yang sama. Tapi, aku nak kahwin dengan siapa? Dengan Datuk Sabri? Oh, no please… Itu kerja gilaǃ Family aku pun takkan setuju. Cukuplah sekadar dia jadi ‘abang’ aku.’
Akhirnya, Maya membuka laptop kesayangannya. Sudah lama dia bersama dengan laptop itu. Laptop itu bagaikan sahabat karibnya di dunia ini. Segala rahsia hatinya dicurahkan pada laptop itu. Laman facebook dilayarinya. Ada seorang lagi lelaki ingin berkenalan dengannya. Sejak ketiadaan Amar, dia sering sahaja melayari laman facebook itu untuk menemui kenalan baru. Sangkanya dengan berbuat begitu, dia akan dapat menemui seorang lelaki yang ikhlas untuk bersamanya.
Safwan. Itulah nama lelaki kali ini. Sebelum ini dia pernah menemui pelbagai jenis lelaki tapi kebanyakannya hanya memandang pada wajah dan tubuh badannya sahaja dan bukannya ikhlas cuba mengenali isi hatinya. Lelaki……semuanya sama sahajaǃ Maya sudah penat menemui lelaki yang seperti itu namun entah kenapa dia tidak pernah berhenti mencari seorang lelaki yang ikhlas terhadap dirinya. Baru sahaja dia menerima friend request daripada Safwan, tiba-tiba Safwan mula mengajaknya chatting.
- nice profile pic..
+ tq..nway Mr. Safwan, how’d u get my fb profile?
- from a fren, hana..
Maya terus membuka profile Safwan. Di situ keluarlah mutual friend mereka, Hana Qistina.
‘Oh, Hana rupanya. My close friend in UiTM...lama tak dengar khabar tentangnya.’
+ owh dat hana..how’d u know her?
- from friend of friend..
+ so what r u doin now safwan?
- I’m runnin out legal consultation company wit a fren..so how bout yours?
+ nothing much..partime modeling n engineer to be
- wow..a rare combination..how cn a pretty girl like u bcome an engineer?
+ juz practice wat I learn ^_^..
- so where r u livin now?
+ in Shah Alam..how bout yours?
- same.. =)
+ hahaa..what a coincidence..
- mybe it means dat we’re meant to be met.. =)
+ then u should buy me a drink k? ^_^
- no problem pretty..
- erm, nway may I get ur phone number?
+ 017-6567656..celcom ^_^
- celcom?
+ yup..it’s been switched up..
- ok then..

Biarkan Aku Kembali Senyum - part9

Maya tersenyum melihat foto-foto ditangannya. Foto-foto itu agak menarik. Dia agak fotogenik. Tidak disangkanya pilihannya untuk menceburi bidang modeling adalah pilihan yang tepat.
“Hi, honey.. how are you doing?”
Maya menoleh ke belakang. Datuk Sabri sedang tersenyum memandangnya. Maya tersenyum. Walaupun sudah menjangkau umur 40-an, Datuk Sabri masih segak bergaya.
“Fine. Bila you sampai?”
“Baru je tadi. I nak ajak you keluar lunch dengan I. Jom la..”
“You tunggu sekejap ya. I nak beritahu pengurus I.”
“Okay..take your time honey.”
Tengahari itu mereka menuju ke Old town kopitiam. Maya suka lepak makan di situ kerana suasananya lebih tenang di situ.
“Maya…Maya…..”
“Erm, kenapa?”
Datuk Sabri cuma menggelengkan kepalanya. Maya langsung tidak berupaya menerka apa yang bermain di fikirannya ketika ini. Sudah lama dia menunggu Maya. Sudah hampir 5 tahun lamanya. Adakah Maya tidak sedar akan hakikat ini?
“Erm, Maya..bila you nak kahwin dengan I? Dah lama I tunggu ni..”
Maya tersenyum. Dia tiada jawapan terhadap persoalan yang diajukan oleh Datuk Sabri sebelum ini. Sudah berulangkali soalan ini diajukan kepadanya. Dia tak tahu sampai bila Datuk Sabri akan mengulanginya tapi yang pasti dia tidak sedia untuk semua itu. Dia tak tahu apa yang ada padanya sehinggakan Datuk Sabri tak pernah berhenti memujuknya untuk menjadi isteri ketiganya. Mungkin Datuk Sabri menerima dirinya yang seadanya tapi hatinya sudah hancur sejak Amar mempermainkan perasaannya. Walaupun dirinya sudah tidak suci lagi, yang pasti dia juga takkan sanggup untuk menjadi isteri ketiga Datuk Sabri.
“Entah, I tak tahu. I tak fikir pun lagi pasal kahwin.”

Biarkan Aku Kembali Senyum - part8

Maya cuba menekadkan hatinya kali ini. Tiada lagi tangisan akan keluar daripada kelopak matanya. Juga tidak lagi dia akan berjaga satu malam kerana tidak dapat melelapkan mata mengenangkan Amar. Dia cuba bernafas sebagai seorang yang baru kali ini namun matanya masih setia menjeling handphonenya. Dalam hatinya dia masih berharap akan ada SMS daripada Amar untuknya.
‘Argh, kenapa aku masih merinduinya..?’
Kenapa dia harus merasakan rindu ini. Adakah Amar juga merasakan benda yang sama padanya? Dia percaya jika seseorang itu ikhlas mengingati seseorang, maka orang itu juga akan mengingatinya. Itu kepercayaannya dan juga Amar.
Entah kenapa dia seakan masih dapat menghidu bau Dunhill Desire Blue Amar daripada jauh. Merasakan pelukannya yang hangat dan melihat senyuman yang selalu menghiasi bibir Amar. Amar jarang sekali keluar bersamanya tanpa memakai cap. Dia selalu berpura-pura merajuk pada Maya untuk meminta sesuatu. Teringat bila Maya tersandar pada bahu Amar ketika berkaraoke bersama, Amar selalu menyakatnya. Maya suka menyuap Amar popcorn ketika mereka sama-sama menonton wayang cerita romantik. Adakah Amar tak pernah menghargai detik-detik mereka bersama?
‘Argh, aku tak boleh mengingati semua ini. Aku harus cuba melupakan dia. Aku takkan kalah lagi pada sekeping hati. Aku takkan tunduk lagi pada rasa yang hampir membunuhku. Aku takkan berpaling lagi ke belakang. Selamat tinggal Amar. Apa yang berlaku antara kita akan aku cuba lupakan selama-lamanya. Selepas ini, aku takkan biarkan air mata aku mengalir kerana seorang lelaki.’
Maya tersenyum. Satu kenangan yang tak mampu dilupakan tapi Amar juga bukanlah seorang yang baik. Dia begitu prejudis. Kerana kesilapan yang lalu, Amar seronok mempermainkan perasaannya. Apakah salahnya jika dia sudah tidak suci? Dia sudah berusaha untuk berubah, Hina sangatkah dia? Memang dia pernah melakukan perbuatan yang hina tapi kerana terlanjur menyayangi seorang lelaki melebihi dirinya. Dia sudah kehilangan maruah untuk sekali. Tapi dia sudah merasakan akibatnya. Dia hampir mati kerana tak dapat menerima hakikat itu. Wujudnya dia sekarang ini hanya kerana cintanya pada family. Dia cuba solat. Dia cuba membina impian untuk menemui lelaki yang benar-benar dapat membimbingnya. Sangkanya Amar begitu. Tetapi ternyata dia silap. Amar bukan sekadar lelaki yang silap tapi juga cuba mengambil kesempatan padanya lagi. Mungkin lelaki yang benar-benar dapat membimbingnya itu tak wujud dalam dunia ini.
Maya langsung tidak menyangka kerasnya perasaan Amar. Sama seperti lelaki yang sebelumnya, hati Amar cukup kejam sekali. Namun, bukan setakat kejam tapi juga berhati batu. Doa orang yang teraniaya akan selalunya diberkati. Dia memohon supaya Amar menerima pembalasan dalam hidupnya. Apa berhakkah Maya menerima pembalasan kerana dosanya dulu. Sedangkan waktu itu, dia bukan seronok melakukannya, tapi hidupnya seperti dalam penjara. Tiada teman tempat mengadu hingga dia tersasar. Kenapa Amar menghukumnya begitu? Adakah kerana dia seorang perempuan yang tidak mampu membuat pilihan? Amar pernah mengatakan penzina hanya untuk penzina tetapi kalau benar begitu apa yang sudah tertulis dalam hukum, mengapa Amar boleh bersama Fatin? Adakah Amar sedar yang dia juga adalah seorang penzina?

Monday, February 28, 2011

Biarkan Aku Kembali Senyum - part7

Bangunan di bawah terasa begitu kecil. Di atas puncak bangunan fakultinya, Maya menunduk ke bawah melihat kereta yang sedang berulang-alik di jalan raya. Terasa begitu kecil kereta-kereta itu. Tak ubah seperti semut sedang berkeliaran mencari makanan. Sudah lama dia teringin memanjat puncak bangunan itu sekali lagi. Terasa tenang di atas itu. Terasa semua masalahnya tertinggal di bawah. Hatinya rasa terawang-awang. Tenang sekali rasanya berada di atas puncak bangunan itu.
Maya duduk menyandar di tepi bangunan itu. Dia mengeluarkan sebotol painkiller daripad begnya. Di kepalanya terlintas pelbagai persoalan.

‘Adakah aku akan berasa tenang setelah apa yang ku lakukan ini? Adakah dia (Amar) akan merasa kehilangan aku…?’

Lama dia merenung botol itu. Sehinggalah di kepalanya terbayang wajah familynya satu persatu. Dirinya hanya satu langkah ke arah satu tindakan yang bodoh. Tiba-tiba air matanya mengalir. Amar tak mungkin pernah peduli dengan apa aku rasa. Dia langsung tiada perasaan.

‘Berhakkah dia membunuh perasaanku kerana perasaannya telah lama mati..?’

Kenapa seringkali dia perlu menangis disebabkan oleh seorang lelaki yang berhati batu? Ini sudah kali kedua dia mengalami perkara yang sama. Dia tahu betapa susahnya ketika dia cuba melupakan lelaki pertama yang disukai tapi tak pernah menghargainya. Bahkan lelaki itu selalu merendah-rendahkannya. Sakit. Itulah apa yang dirasakannya dulu. Dan kali ini dia masih merasakan perkara yang sama. Akhirnya, botol painkiller itu dibuangnya. Setelah apa yang berlaku, semangatnya masih kuat untuk terus hidup.
Lama Maya terduduk di situ memikirkan masa depannya. Hatinya masih sakit dengan apa yang terjadi. Dia langsung tak dapat membenci Amar apatah lagi untuk melupakan. Sampai bila dia harus merasai semua ini? Dia langsung tak dapat menumpukan perhatiannya dalam study. Juga tak dapat mencari pengganti Amar.
Akhirnya, dia melangkah meninggalkan tempat itu dengan impian baru. Dia takkan menoleh ke belakang lagi. Dia takkan menyintai mana-mana lelaki lagi seperti mana dia menyintai Amar. Cinta yang langsung tidak dapat membenci. Apa salah hatinya selalu disakiti? Dia juga mahu hidup seperti temannya yang lain. Dipuja dan dicintai dengan ikhlas. Tapi mungkin cinta itu bukan miliknya. Air mata di matanya sudah kering, kelihatan matanya membengkak. Tapi, hatinya lebih teruk daripada itu. Setiap kali jantungnya berdegup, setiap kali itu jugalah dia merasakan kesakitan.

“Ya Allah, andai kehadiran Amar untuk mempermainkan hatiku, kau pulangkanlah rasa ini kepadanya..”

Friday, February 25, 2011

Biarkan Aku Kembali Senyum - part6

Kali ini jiwa Maya benar-benar mati. Tanpa mengenalinya dengan cukup rapat, pasti yang menganggapnya sebagai playgirl namun dia langsung tidak berniat untuk menjadi seperti itu.

Maya merenung kembali tentang dirinya yang dahulu. Cukup innocent. Dia selalu mengharapkan adanya seorang lelaki yang akan mencintainya dengan hati yang tulus. Sentiasa di sampingnya ketika dia bersedih, selalu setia memberikan sokongan kepadanya dan sedikit pun tidak akan melukakan hatinya. Apa benar masih wujud lelaki seperti itu di dunia ini? Dia sudah tawar hati dengan semua impian itu. Impian yang hanya dongeng semata-mata. Impian yang hampir merosakkan fikirannya.

Seorang demi seorang lelaki yang ingin berkenalan dengannya cuba dilayannya namun hatinya tidak mampu untuk mencari pengganti Amar. Baginya, hatinya hanya untuk seorang dan bila hati sudah belajar menyayangi, takkan semudah itu untuk melupakan. Hatinya sakit sekarang. Walaupun sikap Amar kadang-kadang langsung tidak menghargainya tapi dia masih tidak dapat membenci Amar. Kenapa hatinya terlalu lembut ubtuk membenci seseorang?

Sudah berhari-hari lamanya dia hidup dalam keadaan tertekan. Langsung tidak mampu keluar bilik. Tak sangggup baginya untuk menghadapi jahatnya dunia ni. Hampir setiap malam air matanya mengalir. Kalaulah Amar tahu apa perasaannya sekarang ni. Hatinya sakit sedangkan Amar sedang bergembira bersama Fatin. Adilkah dunia ini?
Setiap masa hobinya adalah tidur. Setiap kali terjaga daripada tidur, dia seakan mengeluh. Hatinya masih sakit.

‘Kenapa aku harus terjaga daripada tidur. Sampai bila aku harus rasa sakit begini? Kenapa tak aku mati saja?’

Berulangkali dia menatap wajah Amar. Hatinya tertanya-tanya. Apa specialnya Amar hingga dia harus merasakan semua itu. Amar sedang bahagia dengan Fatin. Itu hakikatnya. Bukan hanya apa yang difikirkan tapi terbukti daripada setiap gambar-gambar di laman facebook. Hatinya sakit tapi apa yang dapat dibuatnya. Hanya air mata yang sudi menemaninya. Hatinya meraung sekuat hati minta agar dapat didengari oleh Amar. Tapi, andai semua itu mungkin terjadi.

Saturday, February 19, 2011

Biarkan Aku Kembali Senyum - part5

Anehnya setiap apa yang diperkatakan oleh Amar sentiasa bermain-main di kotak fikirannya. Setiap SMS yang dihantar oleh Amar juga seakan dihafalnya. Kenapa sikit pun dia tidak dapat berhenti berfikir tentang Amar? Malahan, dia juga masih tiada selera untuk makan. Kadang-kadang perutnya terasa lapar tapi masih gagal menerima makanan secara normal. Mungkin ketika ini tubuhnya perlu lebih nutrisi, namun jauh di sudut hatinya dia sedang memprotes tentang apa yang terjadi. Dia cukup degil untuk mengikut cakap Amar untuk makan dan menjalani hidup seperti biasa.
Sudah beberapa kali juga dia memonteng kelas. Segala apa yang dipinta oleh Amar, satu pun tidak diturutinya. Ketika mendengar tentang hal-hal perkahwinan, hatinya berasa sakit. Adakah dia mampu menerimanya jika mendengar tentang hal pertunangan Amar? Kata-kata Amar berulangkali menceroboh kotak fikirannya.
“Abang dah nak tunang dengan Fatin.”
Fikirannya makin sarat mendengarkan kata-kata yang berulang itu. Hatinya kusut.
‘Argh, aku tak mampu. Aku takkan sanggup mendengar tentang hal pertunangannya. Bukan dalam waktu yang terdekat ni. Aku lagi rela mati daripada jadi gila begini..’
Akhirnya, satu SMS lagi dihantar kepada Amar.
+ Abg, pmintaan trakhir maya...maya hrp abg dpt tunaikn. Tlg jgn tng lam ms tdekat..jgn thn ni. Maya x sggp nk dgr. Bg maya masa lpakan semua prasaan maya pd abg
- Baiklah, abg akn tunaikn. Hrp maya dpt maafkn abg..
+ Maaf abg, slagi maya x dpt lpakan prasaan maya pd abg, maya x mmpu nk maafkn abg. Hati maya skit n jiwa maya da mati. Maya x dpt nk bnci abg. Bnd ni lg complicated drpd apa yg maya rs sblm ni. Maya rs maya da x dpt nk syg siapa2 da lps ni
Setiap satunya yang dilakukan ketika pertemuan terakhir mereka bermain-main di fikiran Maya. Kenapa benda ni makin membunuhnya? Dia tak dapat lupakan semua tu. Amar masih memanggilnya ‘sayang’, Amar masih mahu menciumnya ketika mula-mula menemuinya. Perasaannya ketika itu penuh dengan harapan dan impian yang bahagia tapi sekarang, semuanya hancur. Langsung tiada apa-apa lagi yang tinggal.