Sunday, April 10, 2011

Biarkan Aku Kembali Senyum - part8

Maya cuba menekadkan hatinya kali ini. Tiada lagi tangisan akan keluar daripada kelopak matanya. Juga tidak lagi dia akan berjaga satu malam kerana tidak dapat melelapkan mata mengenangkan Amar. Dia cuba bernafas sebagai seorang yang baru kali ini namun matanya masih setia menjeling handphonenya. Dalam hatinya dia masih berharap akan ada SMS daripada Amar untuknya.
‘Argh, kenapa aku masih merinduinya..?’
Kenapa dia harus merasakan rindu ini. Adakah Amar juga merasakan benda yang sama padanya? Dia percaya jika seseorang itu ikhlas mengingati seseorang, maka orang itu juga akan mengingatinya. Itu kepercayaannya dan juga Amar.
Entah kenapa dia seakan masih dapat menghidu bau Dunhill Desire Blue Amar daripada jauh. Merasakan pelukannya yang hangat dan melihat senyuman yang selalu menghiasi bibir Amar. Amar jarang sekali keluar bersamanya tanpa memakai cap. Dia selalu berpura-pura merajuk pada Maya untuk meminta sesuatu. Teringat bila Maya tersandar pada bahu Amar ketika berkaraoke bersama, Amar selalu menyakatnya. Maya suka menyuap Amar popcorn ketika mereka sama-sama menonton wayang cerita romantik. Adakah Amar tak pernah menghargai detik-detik mereka bersama?
‘Argh, aku tak boleh mengingati semua ini. Aku harus cuba melupakan dia. Aku takkan kalah lagi pada sekeping hati. Aku takkan tunduk lagi pada rasa yang hampir membunuhku. Aku takkan berpaling lagi ke belakang. Selamat tinggal Amar. Apa yang berlaku antara kita akan aku cuba lupakan selama-lamanya. Selepas ini, aku takkan biarkan air mata aku mengalir kerana seorang lelaki.’
Maya tersenyum. Satu kenangan yang tak mampu dilupakan tapi Amar juga bukanlah seorang yang baik. Dia begitu prejudis. Kerana kesilapan yang lalu, Amar seronok mempermainkan perasaannya. Apakah salahnya jika dia sudah tidak suci? Dia sudah berusaha untuk berubah, Hina sangatkah dia? Memang dia pernah melakukan perbuatan yang hina tapi kerana terlanjur menyayangi seorang lelaki melebihi dirinya. Dia sudah kehilangan maruah untuk sekali. Tapi dia sudah merasakan akibatnya. Dia hampir mati kerana tak dapat menerima hakikat itu. Wujudnya dia sekarang ini hanya kerana cintanya pada family. Dia cuba solat. Dia cuba membina impian untuk menemui lelaki yang benar-benar dapat membimbingnya. Sangkanya Amar begitu. Tetapi ternyata dia silap. Amar bukan sekadar lelaki yang silap tapi juga cuba mengambil kesempatan padanya lagi. Mungkin lelaki yang benar-benar dapat membimbingnya itu tak wujud dalam dunia ini.
Maya langsung tidak menyangka kerasnya perasaan Amar. Sama seperti lelaki yang sebelumnya, hati Amar cukup kejam sekali. Namun, bukan setakat kejam tapi juga berhati batu. Doa orang yang teraniaya akan selalunya diberkati. Dia memohon supaya Amar menerima pembalasan dalam hidupnya. Apa berhakkah Maya menerima pembalasan kerana dosanya dulu. Sedangkan waktu itu, dia bukan seronok melakukannya, tapi hidupnya seperti dalam penjara. Tiada teman tempat mengadu hingga dia tersasar. Kenapa Amar menghukumnya begitu? Adakah kerana dia seorang perempuan yang tidak mampu membuat pilihan? Amar pernah mengatakan penzina hanya untuk penzina tetapi kalau benar begitu apa yang sudah tertulis dalam hukum, mengapa Amar boleh bersama Fatin? Adakah Amar sedar yang dia juga adalah seorang penzina?

No comments:

Post a Comment