Monday, February 28, 2011

Biarkan Aku Kembali Senyum - part7

Bangunan di bawah terasa begitu kecil. Di atas puncak bangunan fakultinya, Maya menunduk ke bawah melihat kereta yang sedang berulang-alik di jalan raya. Terasa begitu kecil kereta-kereta itu. Tak ubah seperti semut sedang berkeliaran mencari makanan. Sudah lama dia teringin memanjat puncak bangunan itu sekali lagi. Terasa tenang di atas itu. Terasa semua masalahnya tertinggal di bawah. Hatinya rasa terawang-awang. Tenang sekali rasanya berada di atas puncak bangunan itu.
Maya duduk menyandar di tepi bangunan itu. Dia mengeluarkan sebotol painkiller daripad begnya. Di kepalanya terlintas pelbagai persoalan.

‘Adakah aku akan berasa tenang setelah apa yang ku lakukan ini? Adakah dia (Amar) akan merasa kehilangan aku…?’

Lama dia merenung botol itu. Sehinggalah di kepalanya terbayang wajah familynya satu persatu. Dirinya hanya satu langkah ke arah satu tindakan yang bodoh. Tiba-tiba air matanya mengalir. Amar tak mungkin pernah peduli dengan apa aku rasa. Dia langsung tiada perasaan.

‘Berhakkah dia membunuh perasaanku kerana perasaannya telah lama mati..?’

Kenapa seringkali dia perlu menangis disebabkan oleh seorang lelaki yang berhati batu? Ini sudah kali kedua dia mengalami perkara yang sama. Dia tahu betapa susahnya ketika dia cuba melupakan lelaki pertama yang disukai tapi tak pernah menghargainya. Bahkan lelaki itu selalu merendah-rendahkannya. Sakit. Itulah apa yang dirasakannya dulu. Dan kali ini dia masih merasakan perkara yang sama. Akhirnya, botol painkiller itu dibuangnya. Setelah apa yang berlaku, semangatnya masih kuat untuk terus hidup.
Lama Maya terduduk di situ memikirkan masa depannya. Hatinya masih sakit dengan apa yang terjadi. Dia langsung tak dapat membenci Amar apatah lagi untuk melupakan. Sampai bila dia harus merasai semua ini? Dia langsung tak dapat menumpukan perhatiannya dalam study. Juga tak dapat mencari pengganti Amar.
Akhirnya, dia melangkah meninggalkan tempat itu dengan impian baru. Dia takkan menoleh ke belakang lagi. Dia takkan menyintai mana-mana lelaki lagi seperti mana dia menyintai Amar. Cinta yang langsung tidak dapat membenci. Apa salah hatinya selalu disakiti? Dia juga mahu hidup seperti temannya yang lain. Dipuja dan dicintai dengan ikhlas. Tapi mungkin cinta itu bukan miliknya. Air mata di matanya sudah kering, kelihatan matanya membengkak. Tapi, hatinya lebih teruk daripada itu. Setiap kali jantungnya berdegup, setiap kali itu jugalah dia merasakan kesakitan.

“Ya Allah, andai kehadiran Amar untuk mempermainkan hatiku, kau pulangkanlah rasa ini kepadanya..”

No comments:

Post a Comment