Saturday, February 19, 2011

Biarkan Aku Kembali Senyum - part5

Anehnya setiap apa yang diperkatakan oleh Amar sentiasa bermain-main di kotak fikirannya. Setiap SMS yang dihantar oleh Amar juga seakan dihafalnya. Kenapa sikit pun dia tidak dapat berhenti berfikir tentang Amar? Malahan, dia juga masih tiada selera untuk makan. Kadang-kadang perutnya terasa lapar tapi masih gagal menerima makanan secara normal. Mungkin ketika ini tubuhnya perlu lebih nutrisi, namun jauh di sudut hatinya dia sedang memprotes tentang apa yang terjadi. Dia cukup degil untuk mengikut cakap Amar untuk makan dan menjalani hidup seperti biasa.
Sudah beberapa kali juga dia memonteng kelas. Segala apa yang dipinta oleh Amar, satu pun tidak diturutinya. Ketika mendengar tentang hal-hal perkahwinan, hatinya berasa sakit. Adakah dia mampu menerimanya jika mendengar tentang hal pertunangan Amar? Kata-kata Amar berulangkali menceroboh kotak fikirannya.
“Abang dah nak tunang dengan Fatin.”
Fikirannya makin sarat mendengarkan kata-kata yang berulang itu. Hatinya kusut.
‘Argh, aku tak mampu. Aku takkan sanggup mendengar tentang hal pertunangannya. Bukan dalam waktu yang terdekat ni. Aku lagi rela mati daripada jadi gila begini..’
Akhirnya, satu SMS lagi dihantar kepada Amar.
+ Abg, pmintaan trakhir maya...maya hrp abg dpt tunaikn. Tlg jgn tng lam ms tdekat..jgn thn ni. Maya x sggp nk dgr. Bg maya masa lpakan semua prasaan maya pd abg
- Baiklah, abg akn tunaikn. Hrp maya dpt maafkn abg..
+ Maaf abg, slagi maya x dpt lpakan prasaan maya pd abg, maya x mmpu nk maafkn abg. Hati maya skit n jiwa maya da mati. Maya x dpt nk bnci abg. Bnd ni lg complicated drpd apa yg maya rs sblm ni. Maya rs maya da x dpt nk syg siapa2 da lps ni
Setiap satunya yang dilakukan ketika pertemuan terakhir mereka bermain-main di fikiran Maya. Kenapa benda ni makin membunuhnya? Dia tak dapat lupakan semua tu. Amar masih memanggilnya ‘sayang’, Amar masih mahu menciumnya ketika mula-mula menemuinya. Perasaannya ketika itu penuh dengan harapan dan impian yang bahagia tapi sekarang, semuanya hancur. Langsung tiada apa-apa lagi yang tinggal.

No comments:

Post a Comment