Tuesday, August 24, 2010

H&H - part2

“Bos, ini gambar Bel dengan cikarunya. Kali ini, semua rancangan kita akan berjaya. Bel akan masuk dalam perangkap kita.” Jamil menunjukkan beberapa keping gambar Hana dan Hafiz di Mid Valley yang sempat dirakamnya dengan bangganya. Softcopy yang berada dalam pendrive bewarna hitam turut dihulurkan kepada Mr. James.
“Bagus, Jamil. Sekarang I nak you follow Bel sampai dia setuju bekerja dengan kita sekali lagi. Tak kisah you all nak buat apa asalkan dia kembali dekat club ni.”
“Erm, lagi satu…I nak you, Jamil dapatkan balik semua bukti kerja kita daripada Bel. Lupuskan semua bukti tu. Jangan ada satu pun yang tertinggal! I warn you.”
Selesai berkata demikian, Mr. James ataupun nama sebenarnya James Chua yang merupakan ketua kongsi gelap seluruh Kuala Lumpur, terus berlalu meninggalkan Jamil and the gangs.
Selesai menaiki Toyota Camry yang ditinted hitam, dia hanya mengisyaratan sesuatu kepada Jamil supaya semuanya dibereskan secepat mungkin.
Daripada jauh, Jamil hanya tersenyum cuba menutup rasa tak puas hatinya terhadap sikap pilih kasih Mr. James terhadap Bel. Apa kurangnya dia dengan Bel? Sedangkan dulu, dia lebih lama berada dalam kumpulan kongsi gelap itu berbanding Bel tapi Bel yang baru 7 bulan berada dalam kumpulan itu sudah mengatasi pangkatnya. Ini tak adil sama sekali.
‘Tak apalah Bel...suatu hari nanti kau akan kena juga! Kau takkan terlepas dengan senang.’


Di tasik titiwangsa......
Selepas penat berjoging mengeluarkan peluh, Hana merehatkan diri di kerusi rehatnya. Hari itu, tidak ramai orang yang bersiar-siar di tasik itu kerana ramai yang bekerja pada weekdays. Saiful yang sudah kepenatan juga sedang duduk di sisinya. Dia begitu rapat dengan Saiful kerana dalam kuliahnya, hanya mereka yang berasal daripada negeri jelapang padi.
“Epul, kau ni lembiklah. Baru satu round setengah, kau dah termengah-mengah. Kau ni macam perempuanlah!”
Saiful hanya tersengih mendengarkan kata-kata Hana. Suka hatilah Hana nak kata apa. Yang penting, dia memang penat sangat ketika itu. Lagipun, tak hairan pun jika dia berasa penat begini setelah lebih dua tahun tidak melakukan aktiviti begini.
“Ya..aku ni perempuan ke apa ke...suka hati kaulah nak fikir apa. Aku dah lama sangat tak bersenam ni. Macam perempuan pun.........still ada lagi orang nak kan?” Serentak dengan itu, Saiful mengenyitkan matanya pada Hana.
“Hah? Siapa perempuan yang malang sangat tu?” Hana menggelengkan kepalanya dan menunjukkan riak simpati di wajahnya. Saiful hanya tersengih.
“Kaulah..! Hahahahaha...........” Meledak keluar tawa Saiful.
Hana hanya membuat mimik muka tak puas hati. Namun, jauh dari dalam hatinya dia mengakui kebenaran kata-kata Saiful itu. Yup, aku menyukainya. Tapi, Saiful tak pernah menunjukkan sesuatu yang serius kepadaku. Sejak dahulu lagi, dia selalu bersikap keanak-anakan sehingga aku dah jemu menunggunya. Tiga tahun lamanya. Itu bukan suatu tempoh yang singkat.Tapi, benarkah aku benar-benar telah berhenti meyukainya? Ada sesuatu dalam hatinya yang menyangkal penyataan itu.
“Sudah-sudah la gelak tu! Tak lucu pun. Dahlah, aku nak balik ni. Kalau kau tak nak ikut, duduklah kat situ gelak sorang-sorang macam orang gila.”
“Alaa..cik Hana, awak merajuk ke?” Hana hanya buat-buat muka. Saiful ni kan…Eee..tak pernah berhenti nak sakat aku ke?
“Hana…tunggulah aku kejap?” Hana buat-buat pekak. Malas nak dilayan kerenah Saiful. Langkah kakinya makin laju meninggalkan Saiful.
“Hana…!! Hana Mirza……….”
Tiba-tiba entah mengapa langkah Hana terhenti. Tak sangka rupa-rupanya Saiful ingat nama penuh aku. Bukan ke sebelum ni Saiful merupakan manusia yang paling susah mengingat nama orang. Dia tak pernah ambil peduli tentang nama penuh rakan-rakannya. Tak kisahlah rakan biasa or kawan baik, semuanya hanya short name. Tapi, pelik betullah Epul ni!
“Hana Mirza Adnan….” Suara Epul yang sayup-sayup tadi sudah kedengaran jelas di telinganya. Hana tersentak.
“Epul? Bila masa kau dah sampai sini?” Pertanyaan Hana tidak dijawab malah dibalas dengan senyuman.
“Hana, aku nak beli aiskrim tu kejap. Kau nak tak?” Jari telunjuk Saiful menuding ke arah sebuah motorsikal yang menjual aiskrim tidak jauh daripada mereka.
“Erm, boleh juga. Lagipun, best juga makan aiskrim lepas joging.” Hana tersenyum. Dalam hatinya terdetik, ‘apalah aku ni? Baru lepas buang lemak, dah nak tambah lemak lagi. Tapi, apa salahnya bagi Epul belanja sekali-sekala kan?’
Daripada jauh, Hana hanya memerhatikan gelagat Saiful membeli aiskrim. ‘Comel juga kan Epul ni? Hahaha..gatalnya aku!’
Tiba-tiba Hana terasa ada tangan yang menekup mulutnya dan tiba-tiba bayangan Saiful hilang daripada pandangannya. Entah apa yang terjadi dia tidak pasti.
Saiful yang baru selesai membayar harga aiskrim berjalan menuju ke arah Hana berdiri sebentar tadi tapi dia tidak nampak bayangan Hana. Dia menoleh ke sekeliling dan cuba mencari kelibat Hana namun hampa. Aiskrim-aiskrim di tangannya mula mencair hingga menitis di kakinya.
“Alamak, aiskrim ni dah cair! Ish, nanti tumpah kena kasut aku. Dahlah kasut baru beli....” Dia melihat kedua-dua kasut yang dipakainya. Nasib baik tak kena. Tiba-tiba matanya terpandangkan kain yang tertinggal di atas tanah, berdekatan dengan kakinya. Macam kenal je sapu tangan ni? Bukan ke ini milik Hana? Diambilnya sapu tangan itu dan diletakkan ke dalam koceknya.
Akhirnya, dia menghabiskan kedua-dua aiskrim tu setakat termampu apabila gagal mengesan Hana. Hatinya agak terguris mengenangkan sikap Hana yang meninggalkannya begitu saja di tasik itu sedangkan sebelum ini, Hana tidak pernah bersikap begitu terhadapnya. Merajuk sangatkah Hana dengannya? Tapi, rasa-rasanya gurauannya biasa-biasa sahaja. Sebelum ini pun macam tu juga, tapi Hana tak pernah melayannya begitu.
Di dalam poketnya, dia mengeluarkan seutas rantai silver bercorakkan bintang.
“Hana, why did you do this to me?”

No comments:

Post a Comment