Tuesday, August 24, 2010

H&H - part5

Dalam rumah, setelah selesai membersihkan dirinya. Hana bersiap-siap untuk tidur. Namun, tiba-tiba dia teringatkan surat yang diberi Hafiz. Lacinya dibuka dan dia mengeluarkan sampul bewarna merah hati pemberian Hafiz sebentar tadi.


Kepada Hana,
maafkan aku kerana telah menyusahkan kau selama ini. Jangan ditanya mengapa kerana aku tak bisa menjawabnya. Kali ini aku akan pergi jauh tapi aku harap yang kau takkan pernah sekalipun melupakan kewujudan aku pada dunia ini.
Hana, ada sesuatu yang aku ingin katakan pada kau. Tentang persoalan di Mid Valley hari tu. Yes, aku benar-benar suka kat kau. Maaf kerana tidak mengakuinya. Aku tak layak untuk kau dan aku pun tahu tentang pendirian kau. Maaf kerana kadang-kadang aku tidak dapat menyembunyikan tentang perasaan aku ini. Mungkin kadang-kadang kelakuanku agak keterlaluan.
Bersama surat ini, aku kepilkan sebentuk cincin tanda persahabatan kita. Jika kau benar-benar menganggap aku kawan kau, maka kau pakailah cincin itu. Jika tidak, buangkan saja. Mungkin aku tak pernah ada sedikit pun dalam hati kau.
Lepas ini, tak kira apa yang terjadi...tolong jangan cari aku lagi. Aku akan terus mencintai dan melindungi kau daripada jauh. Hanya daripada jauh. Tapi, jika kau buang cincin persahabatan itu, maka aku takkan pernah muncul dalam hidup kau lagi. Maafkan aku!

Salam sayang,
HAFIZ


Hana terkedu. Apa maksud Hafiz dengan semua ini? Gila..aku tak paham! Tiba-tiba dia merasakan ada sesuatu objek bulat di dalam sampul itu. Dikeluarkannya objek itu, maka terserlahlah sebuah cincin perak dengan ukiran H&H di dalamnya. Cantik! Tapi, dirinya masih tidak puas hati dengan penjelasan surat tersebut. Nombor Hafiz ditekan pada keypad telefon bimbitnya. Berkali-kali didailnya nombor itu tapi semuanya hanya masuk voice mail. Bengang dengan situasi itu ditambah dengan rasa hatinya yang mula tidak keruan, Hana mendail nombor Saiful pula untuk meminta penjelasan.
“Hello Epul…?”
“Hana! Mana kau pergi tadi? Kau merajuk dengan aku ke……..”
Peliknya..kenapa aku macam tak ingat apa-apa yang Epul maksudkan?
“Aku...aku tak ingat apa-apa Epul. Maaf...!”
“Apa maksud kau Hana?” Saiful semakin pelik dengan apa yang berlaku.
“Tadi, Fiz yang hantar aku balik rumah. Dia kata jumpa aku terbaring di tepi jalan. Aku tak tahu. Bunyi ceritanya macam pelik. Aku cuma ingat hari ini kita keluar joging sama-sama. Lepas joging, kau pergi beli aiskrim and then tiba-tiba aku rasa pening sangat dan rasa macam ada orang cekup muka aku daripada belakang.”
“What? Apa yang Fiz buat kat kau ni?” Saiful mula berasa berang mendengarkan cerita daripada Hana.
“Epul, ini tak ada kena mengena dengan Fiz. Dia tak buat apa-apa pun kat aku. Hati aku kuat merasakan ini bukan perbuatan Fiz tapi mungkin ada sesuatu yang tidak kena. Tadi, lepas dia hantar aku pulang, dia bagi aku sepucuk surat. Dalam surat itu, dia beritahu dia akan pergi jauh dan dia pesan jangan cari dia lagi. Aku call dia tapi tak dapat-dapat dari tadi.”
Saiful semakin pelik dengan semua yang berlaku itu. Didailnya juga nombor Hafiz tapi gagal untuk dihubungi. Hatinya mula cemas. Apa yang sedang berlaku kali ini?

No comments:

Post a Comment