Tuesday, August 24, 2010

H&H - part4

Hafiz sesekali merenung Hana di sebelahnya. Nasib Hana sempat dibius sekali lagi. Kalau tak, mungkin dia dah menggelabah dengan situasi ini. Dia tak mahu menakutkan Hana. Kali ini, dia tak dibius dengan banyak. Hana sedang nyenyak tidur di sebelahnya. Mungkin dalam sejam dua lagi, dia akan sedar. Sesekali matanya menangkap bayangan kereta waja hitam yang sedang mengekorinya rapat daripada belakang.
‘Ish, diorang ni. Tak habis-habis menyusahkan aku.’
Kereta Myvi putih miliknya diberhentikan di tepi jalan setelah dia memberi isyarat kepada kereta belakangnya untuk turut sama berhenti.
“Roy, apa lagi yang korang nak. Dah, jangan follow aku lagi. Cakap dengan bos aku akan pegang janji aku.”
Lelaki yang berambut pacak daripada kereta belakang hanya berlagak tenang sahaja.
“Sorry la Bel. Kitorang hanya follow arahan bos. Nanti bila kau dah siap hantar you punya cikaru, kitorang tunggu kat simpang ni.”
“Okay..” Hafiz hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju. Tiada apa yang dapat dibuatnya lagi demi memastikan keselamatan Hana.
Pintu myvi dibuka. Hafiz meneruskan pemanduannya ke suatu tempat di mana dia dan Hana selalu menghabiskan masanya bersama-sama. Tasik Titiwangsa. Terasa tenang pemandangan di situ. Sambil menunggu Hana sedar, Hafiz menghabiskan masanya berjalan-jalan di sekitar tasik berhampiran dengan keretanya. Akhirnya, dia tunduk termenung di situ memikirkan masa depannya yang makin malap. Semuanya akibat kesilapan masa lampau. Perkenalannya dengan seseorang yang bernama Hakim telah menyesatkannya hingga terjerat ke dalam dunia hitam itu. Semuanya disebabkan oleh Hakim yang menipunya untuk menyeludup 20kg ganja ke Thailand. Masih diingat dengan jelas saat itu peluhnya sudah memercik ke dahi, mukanya pucat dan badannya seakan menggeletar. Mujurlah polis sempadan Thailand tidak mengesyaki apa-apa yang tidak kena pada keretanya.
“Fiz....” Entah bila Hana telah sedar daripada lenanya, Hafiz langsung tidak perasan.
“Hana, kau dah sedar ya?”
“Fiz.....apa sebenarnya yang terjadi ni? Kenapa kepala aku berat semacam? Bukan ke petang tadi aku baru lepas joging dengan Saiful?” Muka Hana penuh dengan perasaan keliru. Dia langsung tidak paham apa yang telah terjadi kepada dirinya kala itu.
“Tak ada apa. Petang tadi, Saiful cakap kau tiba-tiba je hilang. Aku baru je jumpa kau pengsan kat tengah jalan. So, aku bawa kau ke sini, tunggu kau sedar supaya aku boleh bawa kau pulang ke rumah. Kau sakit apa sebenarnya?” Pelik sungguh jawapan Hafiz. Dia tahu dia tak berapa pandai menipu. Tapi, harap-haraplah Hana tidak akan mengesyaki apa-apa yang pelik tentang dirinya.
“Oh, ya ke..?”
Hafiz hanya menganggukkan kepalanya sekadar mengiakan pembohongan yang baru dilakukannya sebentar tadi.
“Fiz, kenapa pakaian kau ni pelik sangat? Kau nak pergi mana ni?” Hafiz hanya tersenyum melihat Hana yang kebingungan itu. Sungguh cute! Tapi sayangnya, semua itu hanya untuk sementara.
“Aku baru pulang daripada dinner syarikat aku kerja. Masa tulah tiba-tiba aku nampak kau terbaring di tengah jalan. Epul ingat kau sengaja tinggalkan dia sorang-sorang kat tasik ni. Aku nak bawa kau pergi jumpa doktor tapi time tu aku macam dengar suara kau mengigau. So, aku batalkan aje niat aku tu.”
Hafiz tersenyum sekali lagi, namun, dalam hatinya...
‘Mengarut betul alasan aku tapi lantaklah...’
“Okaylah kalau macam tu. Aku pun malas fikir banyak. Kepala aku pun pening lagi ni. Fiz, hantarkan aku balik..? Lagipun, dah lewat ni.”
“Jom..”
Hafiz mengambil kunci kereta dan menghidupkan Myvinya. Hana yang duduk di sebelahnya hanya mendiamkan diri. Dia merasakan apa yang terjadi kepada dirinya sangat pelik. Perangai Hafiz pun agak pelik pada malam itu. Semuanya pelik... Otaknya makin berserabut memikirkan perkara itu.
Kedua-duanya hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan ke rumah sewa Hana. Hafiz dengan perasaannya yang bercelaru manakala Hana dengan kebingungannya tentang persoalan yang tak dapat dijawab.
Setelah lebih setengah jam memandu, akhirnya, mereka tiba di rumah flat Hana.
“Hana, tunggu sekejap. Aku nak bagi kau satu barang. Janji dengan aku walau apa pun terjadi, kau kena hidup dengan gembira tapi jangan pernah lupakan aku.”
Hana yang kebuntuan makin bertambah buntu dengan kata-kata Hafiz itu.
“Janji dengan aku..” Kali ini di tangan Hafiz sudah tersedia sebuah sampul bewarna merah hati.
“Baiklah, aku janji. Kau pun. Janji dengan aku kena hidup dengan gembira juga..” Hana cuba memecahkan ketegangan itu walaupun dia sedikit bingung dengan sikap Hafiz.
Hafiz sekadar menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. Keretanya mula meluncur pergi setelah Hana selamat masuk ke dalam rumah sewanya.
‘Hana, jaga diri....... ’

No comments:

Post a Comment