Tuesday, August 24, 2010

H&H - part6

Sudah dua tahun berlalu, sehingga kini tiada berita mengenai Hafiz. Hana dan Saiful akan berkahwin dalam masa 2 minggu lagi. Mereka benar-benar mengharapkan kewujudan Hafiz untuk hari perkahwinan mereka nanti. Cincin pemberiannya masih tersemat elok pada jari kirinya. Cincin itu agak besar maka dipakainya pada jari tengahnya. Pernah sekali Saiful bertanyakan tentang cincin itu. Tapi, dia menipu mengatakan cincin itu sempena nama dia dan adiknya, Husna.
Rumahnya di Seremban telah dicat baru. Baju pengantin, catering, kad-kad jemputan semuanya telah siap ditempah. Namun, ada sekeping lagi tidak dapat dihantarnya. Hana merenung kad jemputan di tangannya. Itu adalah kad terakhir jemputan perkahwinannya dengan Saiful. Dia ingin menyerahkan kad itu kepada Hafiz namun tidak tahu caranya. Saiful juga sudah buntu untuk menghubungi rakan baiknya sejak kecil itu.
Setelah 2 minggu menunggu, akhirnya hari bersejarah itu tiba. Hana dengan baju pengantin bewarna purple sedondon dengan Saiful. Upacara akad nikah telah pun selesai. Sekarang, mereka perlu disandingkan di pentas pelamin. Setelah kedua-dua ibu bapa pengantin memberikan upacara tepung tawar, para tetamu dijemput untuk sama-sama melakukannya. Kali itu, ada seorang lelaki tua yang tidak dikenali tampil dan melakukan upacara itu. Wajahnya agak familiar bagi Hana dan mengingatkan dia pada seseorang.
“Hafiz….” Entah kenapa mulut Hana tanpa sedar telah menyebut nama itu dengan agak kuat. Lelaki tua itu tergamam. Para tetamu turut kaget melihat kejadian itu.
Kemudian, lelaki itu terus terkocoh-kocoh hendak pergi. Tetapi langkah kakinya yang perlahan itu sempat ditahan oleh Saiful. Entah bagaimana, janggut palsu yang dipakainya tercabut tiba-tiba apabila ditahan oleh Saiful.
“Hafiz…?”
Lelaki itu hanya menundukkan wajahnya.
“Maaf, kawan. Aku tak boleh lama.” Serentak dengan itu, dia meneruskan langkahnya ingin berlalu tapi sekali lagi ditahan oleh Hana.
“Fiz, Hana tak izinkan Fiz pergi jauh lagi daripada kitorang. Fiz dah banyak tinggalkan persoalan yang tak terjawab.”
“Maafkan aku Hana. Rahsia aku dah terbongkar. Aku kena pergi cepat kalau tak aku hanya akan menyusahkan semua orang di sini. Kalau kau nakkan jawapan, cuba kau fikirkan apa yang pernah aku beritahu kau dulu yang tak pernah kau percaya.....”
Hana cuba memikirkan maksud yang cuba disampaikan oleh Hafiz tapi entah kenapa dia hanya teringat detik pertama perkenalannya dengan Hafiz.

“Hana, kalau aku cerita sesuatu kat kau…kau boleh janji tak jangan beritahu kat sesiapa. Dengan Saiful pun kau tak boleh beritahu. Ini antara aku dengan kau je.”
“Okay..no hal!” Tapi, tak kisahlah apa pun. Yang penting, Si Hafiz telah membuka sudut kecil dalam otakku yang penuh dengan rasa curiousity.
“Aku sebenarnya pernah jadi ahli kongsi gelap dekat KL. Tak siapa pun yang tahu pekerjaan gelap aku ini. Dulu, duit aku pernah sampai berpuluh ribu kat dalam bank sampaikan aku bagi macam tu je kawan aku pinjam sampai beribu ringgit.”
“Oh, ya? So, kenapa kau beritahu aku semua ni?” Hana confuse. Apa sebenarnya mamat ni? Saja nak kenakan aku ke?
“Kau tak percayakan aku kan? Tak apa, nanti kau akan tahu juga kebenarannya. Aku tak pernah tipu kau.”

“Maksud Hafiz...? Tentang kongsi gelap?” Namun kali ini suaranya berjaya direndahkan supaya tidak megejutkan tetamu yang hadir. Hafiz sekadar mengangguk.
Saiful yang berdiri di sebelah Hana hanya membulatkan mata.
“Apa maksud semua ini? Kenapa aku seorang yang tidak tahu apa-apa..? Both of you should tell me something.....”
“Okaylah semua sudah terjawabkan? Aku pergi dulu.” Hafiz terus berlalu pergi.
Di seberang jalan sana, kereta vios hitam sudah lama menunggunya. Jamil di dalamnya menunggu dengan tidak sabar. Kali ini, Hafiz harus dibunuh. Jika tidak, sampai bila-bila pun dia takkan dapat mencapai tahap Hafiz. Entah kenapa Mr. James sangat menyenangi Hafiz berbanding dirinya sedangkan dia lagi banyak melakukan kerja berbanding Hafiz.
Ketika hendak keluar daripada rumah Hana, tiba-tiba pang! sedas tembakan terkena peha Hafiz. Hafiz terduduk di muka pintu sambil mengerang kesakitan. Dia sudah biasa dengan keadaan seperti ini tapi dia tidak pernah berniat untuk menghancurkan majlis Hana. Tetamu yang datang kelihatan panik tetapi sempat ditenangkan oleh bapa Hana. Hana yang kaget melihat keadaan Hafiz terus meluru mendapatkannya dan entah macam mana sebuah peluru sesat terus menuju tepat ke jantung Hana. Hana rebah di situ. Keadaan rumah Hana makin gamat. Ada yang lari bertempiaran. Ada yang menangis dan ada juga yang menjerit.
“Hana…!!!” Hafiz dan Saiful menjerit serentak.
Namun, sudah terlambat. Hana sudah nyawa-nyawa ikan di ribaan Saiful. Air mata Saiful mencurah-curah pada isteri kesayangannya itu. Tidak pernah dia mencintai sesiapa selain Hana. Hanalah yang pertama dan yang terakhir. Tapi, apakah maksud di sebalik semua ini? Perkahwinannya dengan Hana jadi begini semuanya kerana Hafiz. Hana telah meninggalkannya tanpa sempat membisikkan apa-apa kepadanya. Dan, bermula detik hitam itu…Saiful mula berdendam terhadap Hafiz.


Hafiz merenung cincin H&H yang pernah diberinya kepada Hana suatu ketika dahulu. Tak apa Hana…aku akan balas dendam atas kematian kau. Kenapa benda yang ditakutinya kini benar-benar berlaku? Dia lebih rela kehilangan Hana pada Saiful daripada kehilangan Hana daripada dunia ni. Bukan setakat Hana sahaja yang dia kehilangan, malah, persahabatannya dengan Saiful hilang sekelip mata.
Malam itu dia tekad. Dia tak kisah mempertaruhkan nyawanya demi membalas dendam. Dia sudah sedia maklum. Hidup sebagai ahli kongsi gelap. Jika dia tidak membunuh, maka dia yang akan dibunuh. Bagi ahli kongsi gelap sepertinya, nyawa manusia sudah bagaikan mainan, langsung tidak berharga.
Pang! Peluru yang ditembaknya tepat menembusi kepala Jamil. Jamil terkulai di situ. Beberapa kereta polis mula memenuhi jalan Bukit Bintang tempat mayat Jamil terbaring. Hafiz mula melangkah ke tempat itu dengan pistol yang diangkat tanda menyerah diri. Segalanya telah berakhir. Dalam dunia ini, tiada tempat bagi penjenayah sepertinya. Juga untuk penjenayah yang ingin insaf. Inilah takdir yang telah dipilihnya. Tersilap melangkah sekali, takkan dapat diundur lagi.
‘Hana, semoga kau dapat ketenangan di sana. Sebentar lagi aku akan menyusul..........’

No comments:

Post a Comment