Saturday, September 18, 2010

Cinta Maya - part1

Matanya dipejam rapat. Namun, kenapa tak lena-lena? Bayangan Umar menari-nari di depan matanya satu persatu.
‘Gila! Sejak bila aku boleh memikirkan tentang lelaki itu? Bagaimana seorang lelaki yang hanya aku kenali daripada maya dapat berada dalam ruang hidupku? Adakah kerana aku juga hidup dalam dunia maya?’
Kali ini Yana tidak tahu apa yang bakal terjadi. Buat pertama kalinya dia boleh meluahkan semuanya pada seorang lelaki asing. Seronok berborak dengannya. Hanya mendengar beberapa bait perkataan lelaki itu sudah cukup untuk menenangkan gejolak di dalam hatinya.
‘Siapakah dia? Kenapa kami perlu bertemu begini. Ya Allah, andai dialah jodohku, ketemukanlah aku dengannya. Jika tidak, lebih baik aku menemuinya ketika perasaan ini sudah hilang.’
‘Argh..Aku tak patut berasa begini! Mana mungkin menyukai seseorang yang tidak pernah aku ketemu. Dia hanyalah sebuah mimpi. Dia hanyalah maya! Mungkin ini sekadar permainan perasaan sahaja. sesungguhnya tiada apa antara kami. Tak payahlah untuk aku memulakan sesuatu yang aku tahu akan berakhir dengan kekecewaan.’
Dia benci perasaan ini. Perasaannya akan gundah jika sehari tak bercakap dengan Umar. Kenapa? Umar mungkin hanya menganggapnya tak lebih daripada seorang adik.
Hari makin hari Yana hanya merasakan kehilangan kekuatan untuk hidup. Dia benar-benar bimbang yang sejarah akan berulang. Kenapa dia perlu merasakan kesakitan setiap kali menyukai seseorang?
‘Ya Allah, sedarkan aku…sedarkan aku daripada alam maya ini.. Aku tak boleh hidup begini. Dia yang memberi sinar kehidupan maya aku perlu pergi jauh daripada hidupku. Walaupun aku senang dengannya, tapi, aku tak ingin terluka. Maafkan aku. Aku tak boleh hidup begini lagi, Aku perlu sedar akan realiti.’
Yana sudah buat keputusan. Esok dia kena bertegas dengan perasaannya. Mungkin memadai baginya untuk menganggap Umar hanya sebagai satu ilusi. Dia tak wujud dan takkan pernah wujud. Dia perlu menghalang segalanya sebelum ia terlambat. Sejarah lalu tak perlu berulang sekali lagi. Semuanya sudah berakhir.

No comments:

Post a Comment