Monday, September 20, 2010

Cinta Maya - part2 sambungan I

Semua pintu masuk ke Sunway Pyramid diterokainya namun Yana masih buntu untuk mencari jalan asal dia masuk ke bangunan itu.
‘Gila..takkanlah Sunway pun aku sesat? Hish..macam ni? Kalau lambat, takut tak sempat nak naik train ke seremban. Nanti aku nak duduk mana? Dahlah keluar sorang-sorang je ni. Huhuu..’
Button huruf di telefonnya ditekan-tekan. SMS dihantar lagi kepada Umar.
+ abg, yana sesat kt Sunway. Huhu…
- ya Allah sesat mana plak
+ ntah, da lm x dtg sunway..x ingt
- owh abg pn x pnh g situ
+ hurm, xpela abg. Yana try cri jap
- yana nih..
Sudah beberapa kali mencuba pintu keluar daripada Sunway Pyramid, namun Yana masih gagal mengecam arah ke bus stop. Akhirnya, dia teringat tempat kerja part timenya, Sunway Hotel yang bersebelahan dengan Sunway Pyramid.
‘Aku tak boleh buang masa lagi. Daripada terkandas di sini, lebih baik aku mengikuti jalan keluar daripada Sunway Hotel.’
Yana mula menjalankan ideanya itu. Keluar sahaja daripada bangunan Sunway Pyramid itu, dia mengambil arah daripada Sunway Hotel ke jalan besar. Kali ini, helahnya berjaya. Tidak lama kemudian, dia mula mengesan tempat menunggu bas. Setelah melalui jejantas, Yana akhirnya tiba di seberang jalan. Ketika itu, terdapat sebuah bas Rapid sedang menunggu penumpang. Tertera KL Sentral pada tempat persinggahannya. Yana belum pernah menaiki bas itu tapi dia memberanikan dirinya untuk bertanya kepada pemandu bas Rapid itu.
“Encik, bas ni menuju ke KL Sentral ke?”
“Ya, tambangnya RM1.50...”
Terasa lega ketika menaiki bas itu kerana destinasinya hampir tiba. Namun, hati Yana berdetik di mana harus dia turun untuk ke KL Sentral? Bas Rapid selalu menukar arah laluannya. Tambahan lagi, ini merupakan kali pertama dia menaiki bas dari Sunway. Dia tidak berapa pasti laluan bas tersebut. Namun, nasibnya baik. Bas itu berhenti betul-betul di KL Sentral. Tanpa membuang masa, Yana terus membeli tiket KTM ke Seremban. Jam ketika itu menunjukkan hampir ke pukul 9 malam. 15 minit kemudian, train ke Seremban tiba.

No comments:

Post a Comment