Friday, September 24, 2010

Cinta Maya - part3 sambungan II

“Dah lama sampai?” Yana bersuara cuba memecahkan rasa kekoknya pada Umar.
“Tak adalah. Baru je..”
Umar tersenyum lagi. Murah sungguh senyuman pada wajahnya.
Umar membawa Yana bersahur di sebuah restoran melayu. Namun, kedua-duanya seakan tidak berselera untuk makan. Baru sahaja selesai menyuap beberapa suap nasi ke dalam mulutnya, Umar mula berhenti makan. Dia mengeluarkan sekotak Winston daripada poketnya.
“Umar, tolonglah jangan hisap rokok. Please....”
Umar hanya tersengih. Tiada tanda-tanda untuk dia menghentikan perbuatannya itu.
“Yana, Umar dah lama hisap rokok. Sejak daripada tadika lagi...”
“Hurm..?” Yana mengerutkan keningnya.
“Masa tu, seorang kawan Umar jumpa sekotak rokok. Lepas tu, kitorang hisap ramai-ramai. Budak tadika kan..pe yang dia tahu? And then abang Umar dapat tahu, teruk Umar kena marah..”
Umar masih dengan senyumannya. Entah apa yang kelakar sangat bila mengenangkan zaman kanak-kanaknya itu. Yana kurang senang dengan semua itu. Dia sama sahaja seperti Ayah Yana yang selalu memberi alasan bila disuruh berhenti mengambil rokok.
“Umar, please jangan merokok untuk kali ni..? Bukan senang Yana nak datang sini. Tolonglah jangan hisap rokok...demi Yana?”
Namun, akhirnya Umar masih dengan pendiriannya. Yana bengang. Dia mencapai sebatang rokok daripada kotak rokok Umar dan menyalakannya.
“Umar ingat Umar seorang je yang boleh hisap rokok?”
Umar terpegun dengan tindakan Yana itu. Terlihat riak bersalah pada wajahnya.
“Yana..”
Tangan Umar cuba menggapai kembali rokok di tangan Yana namun tidak berjaya. Akhirnya, Umar mengalah.
“Ok, ni last Yana hisap rokok. Umar tak nak bagi dah..”
“Macam la Yana tak boleh pergi beli kat kedai. Sekotak lagi tu…” Yana buat muka seposen. Padan muka Umar! Siapa suruh spoilkan moodnya tadi.
Habis sahaja sebatang rokok dihisap oleh Yana, dia mula berasa sedikit pening tapi cuba dicontrolnya. Dia cuba menghabiskan bihun tomyam di depannya namun terasa seperti sukar. Seleranya mati. Umar di sebelahnya juga gagal untuk menghabiskan nasinya. Sambil menyuap bihun itu ke mulutnya, Yana mengambil sesuap bihun dan dihalakan kepada Umar. Umar tergamam. Mukanya sedikit merah. Hati Yana sedikit terhibur. Mulut Yana tersenyum. Geli hatinya melihat telatah Umar. Namun akhirnya Umar menerima suapan bihun daripada Yana.
“Tak sangka Umar yang suka menyakat ni pemalu orangnya! Hahaha..”
“Eleh Yana pun sama juga kan? Kalau Umar suap pun mesti malu juga.” Serentak dengan itu, tangan Umar mula menyediakan sesuap nasi untuk disuakan kepada Yana.
“Tak pun. Cepatlah suap! Aaa....” Yana mengangakan mulutnya.
Umar cuba menyuapnya namun suapannya kali pertama tidak berapa baik. Kemudian acara suap-menyuap bermula. Setelah tidak berjaya menhabiskan kesemua makanan itu, akhirnya Umar ke kaunter untuk membayar harga makanan yang dipesan. Yana sudah sedia menunggu di kereta.

No comments:

Post a Comment