Thursday, February 17, 2011

Biarkan Aku Kembali Senyum - part1

Maya. Itu namanya tapi itu juga apa yang berlaku padanya sekarang. Segala bayangan tentang Amar sentiasa menghantui fikirannya. Amar...dia insan pertama yang benar-benar Maya cintai tanpa mahu mengakui hakikat itu. Kini Amar telah tiada lagi di sisinya. Telah pergi jauh dan dia menangisi pemergiannya.
“Abang..” Maya memandang Amar sebagai isyarat untuk mengucapkan selamat tinggal. Biasanya, Amar akan menghulurkan tangannya untuk dicium. Kadang-kadang Amar mencium pipinya.
Paham dengan isyarat Maya, Amar menghulurkan tangannya namun Amar kelihatan tiba-tiba berubah menjadi dingin.
Selesai mencium tangan Amar, Maya meminta kiss daripada Amar namun ditolak oleh Amar.
“Maaf, Abang nak belajar bersopan..” Maya memuncungkan mulutnya. Akhirnya, dia meletakkan tangannya di bibir dan menghadiahkan flying kiss buat Amar.
“Macam ni pun susah..”
Maya sudah bersedia untuk beredar daripada kereta Satria milik Amar. Bibirnya masih mengungkapkan senyuman. Terasa seronok setelah lama tidak menemui Amar.
“Maya…”
“Erm…?”
“Maya, nampaknya hubungan kita sampai kat sini sahaja.”
“Kenapa?”
“Abang dah nak tunang dengan Fatin.”
Terasa bergegar dunianya. Jantungnya seperti sedang direntap-rentap. Sakit. Mengapa Amar sanggup melakukan semua ini kepadanya? Padahal baru sebentar tadi mereka bersuka-ria, bergelak tawa. Dunia Maya terasa gelap sepenuhnya.
“Abang minta maaf. Abang patut beritahu Maya awal-awal lagi.”
“Kenapa….? Sanggup Abang buat Maya macam ni?”
Maya seakan seperti orang yang sedang dilanda hysteria. Air matanya mulai mengalir tanpa henti. Amar sekadar membisu.
“Maafkan Abang…”
Itulah kali terakhir Maya menemui Amar. Kereta Satria milik Amar terus membelah kepekatan malam. Maya bagaikan tunggul di situ. Matanya makin membengkak. Sampai hati Amar meninggalkannya begitu sahaja.
Malam itu Maya hanya mendiamkan diri. Hatinya terasa perit. Kalau diikutkan hatinya, mahu sahaja dia menangis, namun dia tidak mahu menyusahkan roomatesnya. Akhirnya, dibiarkan sahaja perasaan itu bergelumang dengan dirinya. Dia cuba berlagak cool, malahan roomatesnya langsung tidak dapat menangkap apa yang tersirat di hatinya ketika itu.
Selesai mandi dan solat, Maya terus menyiapkan diri untuk tidur. Dia langsung tiada mood untuk berbuat apa-apa. Hatinya sudah membengkak kerana sakit yang tak dapat diluahkan.

No comments:

Post a Comment