Friday, February 11, 2011

Cinta Maya - part11

Minggu seterusnya, Yana menerima SMS daripada Umar menyatakan akan datang ke Shah Alam. Hati Yana sedikit seronok namun dia langsung tidak menaruh harapan. Cukuplah sudah berkali dia dikecewakan oleh Umar. Kali ini dirinya pasrah dengan apa yang bakal terjadi.
- Yana, abg da smpai
+ Jap..
Yana kelam kabut menyiapkan dirinya. Tidak sangka Umar akan tiba dalam waktu yang agak cepat. Yana mencari-cari kereta Latio yang dipandu Umar.
“Sorry abang Yana lambat.”
Anehnya walaupun berkali hatinya menyatakan hubungan itu tidak akan berjaya, namun dia terus juga meneruskannya. Pertemuan pertama yang disangka mungkin yang terakhir kini membawa kepada beberapa pertemuan lagi. Mungkin bagi Yana, ini adalah kali pertama dia betul-betul bercouple dengan seseorang.
Kisah ini berterusan untuk 4 bulan lamanya hinggalah pada suatu hari..
- Hm..nmpk gy xdpt jmp la kta
SMS daripada Umar itu mengejutkan Yana. Kenapa Umar selalu tidak tetap dengan keputusannya. Mulanya, dia pun tak nak menyimpan harapan besar untuk pertemuan mereka di Port Dickson itu tapi tanpa sedar dia sebenarnya mengira hari untuk bertemu dengan Umar. Manakan tidak, sudah hampir 2 bulan lebih dia tidak menemui Umar.
+ knape?
SMSnya masih tidak dibalas setelah hampir 5 minit menunggu. Yana menghantar SMS seterusnya.
+ Yana x phm mksd abg. Knape kte x jd jmpe..?
SMS kedua juga tidak dibalas oleh Umar. Akhirnya, Yana cuba menghubungi Umar namun tidak diangkat. Mungkin kerana ketika itu Umar sedang bekerja. Tak apalah..
Malam itu, Umar membalas SMSnya.
- Abg hrp yana phm..tp kta mmg xkn jmp. Abg da xnk brikan hrpn pd spe2 dah
+ knape?
Lama dia menunggu. Dia sudah tak kisah akan akhirnya perhubungannya dengan Umar. Yana sudah penat bermain dengan perasaannya. Mungkin Umar bukan miliknya. Tapi dia tetap mahukan penjelasan daripada Umar.
- setia..
Pendek dan ringkas jawapan daripada Umar namun itu sudah cukup memberi penjelasan pada Yana. Kali ini, Umar memutuskan untuk setia pada Ika. Baiklah...kalau ini keputusan Umar, Yana akan berundur.
+ Ok yana phm..xpelah lps ni yana xkn gnggu abg da. Tq 4 evrythg. Kalau lps ni kte jmpe lg, yana hrp kte dpt jd kwn cm biase.. k tke cre.
Walaupun hakikatnya Yana berasa lega kerana tak lagi terperangkap dalam cinta tiga segi, namun dalam hatinya dia merasakan sesuatu yang perit. Bagaikan hatinya dirobek-robek. Yana tak mahu mengalah pada hatinya. Semua SMS Umar dideletenya satu persatu. Penat jemarinya menekan button delete pada handphonenya namun lebih sakit hatinya menatap setiap SMS itu. Dia cuba berpura-pura untuk melupakan segala kenangan manisnya bersama Umar.

No comments:

Post a Comment