Tuesday, February 15, 2011

Cinta Maya - part12 sambungan II

Ketika para tetamu dijemput untuk acara tepung tawar, Yana turut sama melakukannya. Selesai acara makan beradab, kedua-dua pengantin meneruskan acara bergambar. Yana dan kawan-kawannya turut sama dalam acara itu bersama-sama dengan kedua-dua belah keluarga pengantin. Fazilah kelihatan begitu ceria di samping Ajim. Sebelum Yana pulang, Fazilah sempat membisikkan sesuatu kepada Yana.
“Yana, tunggu kejap. Ada orang suruh aku bagi ni kepada kau..” Mulutnya tersenyum.
Yana tiba-tiba blur. Dia tidak tahu apakah makna senyuman Fazilah itu. Dia mengambil sampul yang dihulurkan oleh Fazilah tadi dan terus meminta diri untuk pulang. Sebelum menghidupkan enjin keretanya, Yana membuka sampul bewarna merah itu. Dia begitu curious dengan isi kandungannya.

Salam, Yana..awak nampak cantik hari ni. Lebih menawan daripada ros merah di atas kereta awak ni. Apakah ianya mampu aku miliki?
~ Your Fan

‘Ros Merah? Atas kereta aku? Pelik la orang ini. Takkanlah ada bunga atas kereta aku ni..?’
Yana membuka pintu kereta. Benar terdapat sekuntum bunga ros merah di atas keretanya. Lawa bunga itu. Di tangkainya terselit sebuah nota kecil. Terdapat tulisan ringkas di atasnya.
‘Buat bidadari yang berjaya menawan hatiku..?’ Serentak itu terdengar nada dering telefon di dalam keretanya. Yana menatap nombor telefon pemanggil yang tertera di skrin handphonenya. Ianya nombor yang tidak dikenali. Mungkin panggilan tentang kerja agaknya. Dia menekan butang untuk menjawab panggilan itu.
“Hello, siapa ni..?”
“Assalamualaikum..boleh saya bercakap dengan saudari Yana?”
“Waalaikumussalam. Ya..tengah bercakap ni. Siapa ni?”
“Saya Hairi, sepupu Fazilah. Boleh kita jumpa sekejap?”
“Hairi...” Yana cuba mengingat kembali nama Hairi. Rasanya tak pernah Fazilah memperkenalkan sepupunya yang bernama Hairi kepadanya sebentar tadi.
“Hairi...? Kenapa nak jumpa? Ada hal penting ke? Tapi rasanya saya tak tahu sepupu Fazilah yang bernama Hairi.”
“Saya kat depan kereta awak sekarang.” Yana mengangkat pandangannya ke hadapan. Di depannya, betul-betul terdapat seorang lelaki sedang berdiri memandangnya. Dia meletakkan handphonenya.
“Encik Hairi ke..?”
“Hairi je. Awak ingat saya tak? Kita pernah jumpa sebelum ni. Masa your company buat consultation tentang projek palm oil mill in my company. Dah lupa ke? Mr. Hairi..the GREENTECH OIL project manager?”
“Oh yes,Mr. Hairi..ǃ Sorry saya terlupa tadi. By the way, you’re Fazilah’s cousin? ”
“Yes..and I the one who put the red rose on the top of your car. Sorry if it’s disturbing you..”
“Oh, it’s okay...kenapa awak buat semua ini?”
“Sebab saya nak ajak awak keluar dengan saya as my special one. May you?”
Yana hanya tersenyum. Sikap Hairi memang menyenangkan sesiapa sahaja yang mengenalinya. Mungkin ini jugalah takdir hidupnya. Apa salahnya mencuba.
“Why not..asalkan awak yang belanja.”
Daripada jauh, Umar hanya memerhatikan segala perbuatan Yana. Akhirnya, Yana menemui seseorang yang boleh menggembirakannya. Walaupun hatinya terasa sedikit cemburu, namun dia harus merelakannya. Lagipun, dia sudah ada Ika di sampingnya. Dia merenung Ika yang sedang duduk di sebelahnya sambil memangku Adam. Senyuman mula terukir di bibirnya.
“Kenapa abang ni?”
“Saja nak tengok isteri abang yang comel.”
“Ada-adalah abang ni. Malu Ika.. Adam tengok Papa kamu ni. Suka sangat mengusik Mama.”
Adam hanya tersengih. Dengan lesung pipit yang terserlah di kedua-dua pipinya, Adam kelihatan comel sekali.
“Tengok..Adam pun sokong Papa dia. Hahaha..”
Kereta Latio milik Umar terus meluncur laju di jalan raya.

No comments:

Post a Comment