Friday, February 11, 2011

Cinta Maya - part10

Yana merenung bintang di langit. Kenapa semua ini harus berlaku kepadanya? Terasa begitu kosong. Umar makin menjauh seperti mana jauhnya bintang yang selalu menemani bulan ketika ini. Bulan yang selalu terang kini tidak lagi sudi berkongsi cahaya dangan bintang yang setia menemaninya. Dia teringat lagi kejadian siang tadi.
Hari ini, tanggal 10 oktober 2010 dan juga merupakan dua hari selepas hari lahirnya yang ke-22. Sebelumnya Umar pernah memberitahu kemungkinan dia akan datang ke Shah Alam. Dia telah mengambil cuti pada hari itu. Yana hanya menanti kedatangan Umar. Dia berharap akan ada keajaiban kali ini. Rindunya kepada Umar sudah semakin menyesakkan dadanya. Dia teringat lagi sebelum ini Umar pernah memberitahunya yang dia mungkin tidak dapat datang.
Tepat pukul 3 petang, Yana masih menuggu. Sepatutnya, waktu ini Umar sudah bertolak dari Seremban. Dia cuba mengesahkan hakikat itu lalu satu SMS dihantar kepada Umar.
+ Umar jd dtg x?
- Yana, Umar x dpt dtg r. kwn Umar br je smpai. Kn bwk dya g jln2
Yana tersentak. Hatinya terasa bagai dirobek-robek. Mengapa begitu susah untuk menemui Umar. Kenapa Umar selalu melebihkan kawan-kawannya, keluarganya dan juga bisnesnya daripada dirinya. Ini bukan kali pertama hajatnya untuk menemui Umar tidak kesampaian. Berapa kali lagi harus dia merasakan semua ini? Sedangkan Ika mungkin tengah bahagia di samping Umar. Sudah acapkali dia menatap facebook Umar untuk melepaskan kerinduan, namun di facebook itu jugalah wajah Ika sering menghiasi. Hatinya sakit, remuk dan terasa seperti dihiris-hiris tapi apa dayanya? Dia hanyalah orang ketiga. Dan dia tidak berhak bersuara.
Yana memeluk tubuhnya. Udara malam itu dirasakan terlalu sejuk, namun belum cukup untuk menyejukkan hatinya yang tengah kacau. Dia merenung handphone di tangannya. Kosong. Langsung tiada tanda yang Umar cuba menghubunginya.
‘Adakah ini nasib aku yang cuba merampas kebahagiaan orang lain? Salahkah aku untuk mencintai..dan adakah aku berhak memilih siapa yang patut aku suka?’
Yana hanya mengeluh. Dia penat dengan keadaan itu. Malam itu dia tidur dengan hati yang terluka hingga tanpa sedar dia bermimpikan wajah Umar.

No comments:

Post a Comment