Friday, February 11, 2011

Cinta Maya - part7

Di Seremban Parade, Umar membawa Yana ke cinema untuk menonton wayang.
“Yana nak tengok cerita apa?” Umar memandang Yana namun masih tiada jawapan. Yana kelihatan masih ragu-ragu dengan cerita yang ingin ditontonnya.
“Entah..” Sepatah sahaja yang keluar daripada mulut Yana. Umar melihat kembali skrin di depannya.
“Kita tengok cerita ni la. Vampire Suck. Macam OK jugak.”
“Okay…”
Baru sahaja hendak sampai turn di kaunter tiket, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an tiba-tiba memotong garisan. Dia hanya tersenyum kepada Umar dan meminta kebenaran untuk membeli tiket dahulu. Umar hanya membenarkan. Hanya RM5 harga tiket wayang uncle tersebut. Umar memandang Yana sambil tersenyum.
“Kalaulah kita suruh uncle tadi tolong belikan tiket kita kan bagus. Jimat sikit..”
Yana hanya tersenyum.
Pintu bilik wayang dibukanya. Cerita belum bermula namun sudah ada yang sudah memenuhi kerusi di bilik wayang itu. Umar menuju ke couple seat yang terletak di belakang sekali. Kerusi itu agak selesa. Ketika cerita bermula, mereka asyik usik mengusik satu sama lain. Entah apa yang dapat ditontonnya, Yana pun tidak pasti. Selesai meonton wayang, Umar ingin menghantar Yana pulang ke Shah Alam tapi dihalang Yana. Dia ingin berbuka puasa bersama Umar dahulu sebelum pulang ke Shah Alam.
Mereka menuju ke bazar Ramadhan di sekitar bandar Seremban. Umar membeli dua bungkus nasi beriani dan sebiji karipap yang agak besar. Akhirnya, mereka berbuka puasa di dalam kereta dengan hanya memakan karipap. Itu pun tidak habis dimakan oleh mereka berdua. Umar memberhentikan keretanya di surau untuk menunaikan solat maghrib. Selesai solat, Umar menghantar Yana ke stesen KTM. Lama mereka berada di dalam kereta. Terasa berat kaki Yana untuk melangkah keluar daripada kereta Umar. Inilah kali pertama baginya benar-benar berseronok dengan seorang lelaki tanpa perlu menyembunyikan apa-apa. Mungkin tanpa disangkanya, dia mula menaruh perasaan kepada seorang lelaki bernama Umar.
Malam itu Yana tidak jadi pulang ke Shah Alam. Mereka menghabiskan masa bersama-sama sebelum Yana pulang keesokan subuhnya...

No comments:

Post a Comment