Tuesday, February 15, 2011

Cinta Maya - part12

2 tahun seterusnya..
Yana tengah bersiap-siap untuk menghadiri majlis perkahwinan kawannya Fazilah di Seremban. Hari itu, dengan bertemakan warna merah, Fazilah akan bersanding dengan bakal suaminya, Ajim. Tak sangka akhirnya setelah lebih 8 tahun, perhubungan mereka akhirnya berjaya kekal ke jinjang pelamin. Yana tersenyum sendirian.
Kereta Honda Civic yang dipandunya mula memasuki area Seremban. Di bandar itulah, terletaknya rumah Fazilah. Yana tiba-tiba teringat akan kisahnya dengan Umar. Entah bagaimana agaknya kalau tiba-tiba dia menemui Umar di rumah Fazilah?
‘Argh, tak mungkinlah aku menemui Umar di sini. Seremban ni bukannya kecil sangat.’
Yana tersenyum dalam hatinya memikirkan tentang imaginasinya sebentar tadi. Ketika keretanya melintasi Hospital Kpj Seremban, hati Yana tiba-tiba terasa berdebar-debar. Walaupun tempat ini tidak mengundang banyak kenangan antara Umar dengannya tapi di sinilah tempat kerja Umar. Tidak sampai 15 minit kemudian, Yana tiba di perkarangan rumah Fazilah.
Keadaan di rumah Fazilah agak meriah. Di situ, Yana menemui rakan-rakannya yang dikenali ketika belajar di UiTM bersama Fazilah. Ramai di antara mereka yang sudah berkahwin. Yana hanya tersenyum ketika diusik bila akan menamatkan zaman bujangnya. Dia sebenarnya masih solo. Hidupnya sekarang cumalah untuk menstabilkan kariernya sahaja. Dia belum terlintas untuk berkahwin lagi. Lagipun, calonnya pun masih tidak ada. Entah bagaimana tiba-tiba hati Yana terasakan sesuatu ketika melihat seseorang melintas di depannya. Daripada pandangan sisinya, orang itu tak ubah seperti Umar.

No comments:

Post a Comment